Wahid dedah tiga anggota Senario yang boleh menyanyi dan sedap suaranya

83,358 views

Ahad lalu, Wahid dari kumpulan Senario telah hadir sebagai tetamu dan buat cameo dua kali. Pertama selepas Aweera menanyi dan kemudiannya selepas rakannya dari kumpulan Senario iaitu kumpulan Saya.

Wahid hadir untuk buat cameo kerana Aweera ada mengatakan dia buat roti canai setelah melihat filem Senario yang ketika itu berlakon menjual roti canai.

Ditanya tentang mengapa Wahid tidak sertai bersama untuk masuk Gegar Vaganza, dia mengatakan tak mahu merosakkan nama rancangan Gegar Vaganza dan juga nama kumpulan Senario.

“Awal tahun dulu, memang ada ura-ura kata dapat masuk GV. Tapia bang ada tengok musim sebelum ini, dan abang sayangkan rancangan ini dan nama kumpulan.”

“Abang memang confident dengan dua tiga ahli Senario, yang boleh menanyi. Apapun wakil Senario memang kena ada.”

Menjelaskan lebih lanjut, Wahid mendedahkan beberapa nama yang sememangnya mempunyai suara yang lunak dan boleh masuk Gegar Vaganza.

“Kalau boleh kat dalam tu ada Hamdan, suara dia memang sedap. Ada producer yang puji suara Hamdan memang sedap.”

“Lepas tu Azlee, dia ni memang tak dinafikan, suara dia memang sedap. Family dia semua pun boleh nyanyi.”

“Pastu Yassin, semasa dia mula-mula masuk tu, dia memang boleh menyanyi, feel untuk nyanyi tu memang dah ada.”

“Jadi mulanya, abang memang target tiga orang ini yang akan masuk. Tapi kalau yang lain nak masuk Apek ke Pak Ya, boleh saja.”

Wahid menjelaskan sejak awal lagi dia memang dah buat keputusan tak mahu sertai rancangan Gegar Vaganza.

“Abang memang tak nak masuk, sebab kita tahu, kita tak nak rosakkan program ini. Selain itu tak mahu rosakkan nama group (Senario).”

Ditanya tentang prestasi Apek dan Yassin, Wahid memuji, kebolehan serta keberanian mereka berdua.

“Diorang ni memang beranilah, dapat masuk GV ni pun, banyak yang dorang boleh pelajari ilmu baru. Ada kelas vocal, ada yang boleh ajar teknik. Kitorang semua memang akan sentiasa sokong Saya.”

Untuk yang tak tahu, Hamdan dan Azlee telah menyertai rancangan Maharaja Lawak Mega manakala Pak Ya pula sibuk dengan program Mencari Sepahtu.

Tentang perkembangan terkini, kumpulan Senario akan tampil dengan program Senario Reunion.