Comel betul, baiknya kakak Maryam melayan adik, baby Khaleeda

5,594 views

Pelakon dan usahawan Fizo Omar, 37 tahun, telah berkahwin dengan seorang gadis dari Sarawak iaitu Fazeera Nazri Aziz pada tahun 2021.

Pada bulan lepas iaitu bulan Jun 2022, Fazeera telah pun selamat melahirkan anak sulungnya yang juga merupakan anak kedua buat Fizo Omar.

Anak kedua buat Fizo Omar ini diberi nama Wan Khaleeda.

Kini Fizo Omar merupakan bapa kepada dua cahaya mata perempuan setelah sebelum ini mempunyai anak perempuan iaitu Wan Maryam, hasil perkahwinan yang terdahulu bersama Mawar Karim, usahawan tudung Fareeda.

Bercerita tentang kedua orang anaknya, Maryam memang amat excited dengan kehadiran adik baru.

Malah baru-baru ini, Maryam dilihat begitu happy melayan adiknya yang baru berumur sebulan itu.

Dari satu video, Maryam ada menyanyi lagu terkenal iaitu Baby Shark sambil menari kepada adiknya itu.

Ini videonya.

Dari caption Fizo menulis nasib baik ada Maryam yang suka melayan baby Khaleeda. “Nasib baik lah ada kakak Yam.

Di ruangan komen, memang ramai yang memuji sikap Wan Maryam yang suka sangat denagn baby barunya.

Pengguna bernama Shnoor menulis: “Baiknya kakak mariam main dengan adiknya. Opah ni pula yang tresenyum sorang-sorang bila tengok.”

Ainaaa pula berpendapat: “Comel betul Cikyam ni, happy dan suka sangat dia dah dapat kawan dah sekarang.”

Ramai yang terhibur dan seronok melihat si kakak melayan si adik, dan gembira melihat perkembangan dua beradik ini.

Fizo Omar dan Fazeera telah bernikah pada bulan Oktober tahun 2021 di sebuah resort di Pahang, setelah setahun mengenali hati budi masing-masing.

Kata Fizo Omar, isterinya, Fazeera Nazira Aziz sebelum ini merupakan seorang pramugari dan pernah bekerja di syarikat yang berpengkalan di Doha.