“Kenapa mereka kena menipu..” Bekas isteri suami Serina pula buka cerita

3,126 views

Kisah Serina Redzuawan dengan suaminya bernama Meor Mohammad Aidid kini masuk ke episode baru dan menjadi lebih complicated.

Ini setelah seorang wanita bernama Hamizah, yang merupakan bekas isteri kepada Aidid tampil membuat aduan.

Dikatakan Aidid dan Serina berkahwin ketika Hamizah masih lagi menjadi isteri kepada Aidid. Dan mereka bernikah tanpa pengetahuan dan kebenaran Hamizah yang ketika itu merupakan isteri pertama.

Hamizah berkata, Serina berkahwin dulu dengan Adidi yang masih lagi suaminya, sebelum Aidid menceraikan dirinya.

Jom baca kenyataan dari Hamizah seperti yang dilaporkan mStar.

Saya nak bersihkan nama family saya, kerana itu saya cerita perkara yang berlaku. Saya tak tahu kenapa mereka berdua (Serina dan Aidid) kena buat satu penipuan. Perkara yang benar ialah Aidid telah berkahwin dengan Serina ketika dia masih lagi berstatus sebagai suami saya yang sah.”

Kalau ikutkan, hubungan saya dengan Aidid tak ada masalah pun dan kami bahagia walaupun kadang-kadang kami berjauhan sebab kerjaya.”

Untuk pengetahuan, Hamizah seorang lecturer di sebuah kolej antarabangsa di Kampar, Perak. Aidi pula seroang pegawai kanan inspektor polis. Dia dan Aidid berkahwin pada tahun 2015 dan tiada anak.

Hamizah mengatakan dia baru sahaja diceraikan oleh Aidid pada bulan lepas iaitu pada tarikh 9 Mac 2021.

Sebenarnya saya nak diam saja tapi bila Serina certa hal yang tak betul, saya pun bersuara. Saya syak mereka berdua nikah pada minggu ketiga bulan Februari yang lalu.”

Kemudian, pada 9 Mac lepas, saya diceraikan oleh Aidi dengan talak satu. Kemudian, setelah genap sebulan kami berpisah, Serina akhirnya mendedahkan kisah perkahwinan mereka secara terbuka.”

Hamizah telahpun buat aduan kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM di Perak pada tarikh 2 Mac lalu, beberapa hari sebelum diceraikan.

Dari laporan aduan tersebut, Hamizah mengatakan Aidi telah bernikah dengan Serina tanpa pengetahuannya dan hanya diberitahu oleh Aidid pada 18 Februari.

Jabatan Integriti ini adalah untuk memastikan setiap anggota melakukan tugas dengan betul dan patuh standard ditetapkan.

Tentang Datuk Chef Wan, Hamizah memberitahu dia ada cuba nak hubungi bapa Serina itu namun tidak berjaya.

Saya ada contact Chef Wan untuk cerita hal sebenar tapi tidak berjawab. Dia sebenarnya tak tahu apa-apa tentang kes pernikahan anaknya dengan Aidid.”

Chef Wan langsung tak salah dalam isu ini, saya harap netizen jangan judge dengan baca cerita dari Serina saja.”