Uqasha Senrose kongsi result ujian saringan Covid-19

3,695 views

Uqasha Senrose antara pelakon yang telah jalani ujian saringan virus Covid 19. Pelakon cantik ini telah alami demam yang agak lama dan telah buat keputusan untuk buat ujian secara drive thru di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya.

Setelah 24 jam berlalu, kakak kepada Nelydia dan Raysha Rizrose ini akhirnya boleh berasa lega apabila laporan ujian saringan yang telah telah dibuat, dimaklumkan kepadanya bahawa ianya negatif.

Uqasha akui kini dia dah mampu rasa senang hati setelah disahkan bebas daripada virus berkenaan. Sebelum ini kerana demam yang agak lama, pelakon ini selalu rasa tak sedap hati dan bimbang jika ada terkena virus tersebut. Ini komen dari tuan punya badan.

“Syukur alhamdulillah, saya lega sebab dah disahkan keputusannya negatif. Tak boleh nak nafikan, selagi tak dapat result test itu, saya selalu diselebungi perasaan bimbang.

“Sebelum ini memang ada ke klinik sebab demam. Walau saya dah pergi check di klinik dan doktor dah bagitahu saya kena demam biasa, tetapi rasa gusar dan bimbang tetap ada.

“Disebabkan saya duduk dengan family, tak naklah ada sikap penting diri sendiri dan sekaligus buatkan semua orang kat rumah jadi susah. Oleh itu, saya buat keputusan nak buat test saringan. Walaupun gementar, saya tetap gagahkan diri untuk buat test saringan itu”

Berdasarkan satu video, Uqasha Senrose ada upload satu entry di laman media Instagram yg mana dia berada di dalam kereta dan buat test untuk Covid 19 melalui cara padu laju di sebuah hospital swasta.

Di video itu, ada menunjukkan swab sample di ambil dari dua bahagian iaitu dari mulut dan juga menerusi ruangan hidung.

Uqasha Senrose merupakan kakak kepada pelakon Nelydia Senrose dan juga juara Dewi Remaja, Raysha Rizrose.

Share this on...