Pesanan Achey kepada kumpulan Sepah

1,375 views

Ahli kumpulan Bocey iaitu Achey tampil memberi pandangan tentang kemelut yang sedang melanda ahli kumpulan Sepah iaitu Jep, Mamat dan juga Shuib. 

Achey, 38 tahun berkata, dia amat berharap ketiga tiga pelawak berkenaan akan dapat selesaikan semua isu di antara mereka dengan baik. 

Menganggap kesemunya merupakan senior dalam industri komedi, Achey tidak memihak kepada sesiapa dan mahu melihat mereka semua kembali berbaik semula.  

“Tentang mereka, saya ni neutral, ketiga-tiga mereka semua tu saya sayang dan sebenarnya semua mereka sangat baik.”  

“Merekalah di antara yang beri tunjuk ajar di awal kemunculan kumpulan Bocey, oleh itu memang saya amat sayang dengan mereka.” 

Katanya, dia pun hanya ketahui hal berkenaan melalui berita dari laman media sosial, dan juga dari komen-komen para peminat kumpulan Sepah. 

Achey berpesan kepada kumpulan Sepah agar selesaikan dengan cara yang betul dan tidak hanya meluahkan di laman media sosial.

Ini pesanan Achey kepada kumpulan Sepah : (melalui temubual Mstar)

“Saya tahu kisah ini pun dari media sosial, namun kisah dalaman mereka saya tak tahu. Bukannya saya ni nak menyibuk, saya hormat mereka sebagai senior dalam industri.” 

“Mereka semuanya dah besar seeloknya jika ada masalah bermaaf-maafanlah, masing-masing kan dah tua, jadi profesional, telefon dan selesaikan dengan car yang baik.” 

“Pesan saya apa sahaja masalah atau isu yang berlaku, lebih baik selesaikan dengan cara baik dan jangan luahkan di media sosial.” 

Achey akui, dulu ahli Bocey juga pernah bergaduh besar sesama mereka.

Akan tetapi, mereka memilih untuk selesaikan isu yang melanda sesama mereka dan tidak menghebohkannya.  

“Dulu pun, saya pernah bergaduh besar dengan Fad dan juga arwah Abam tetapi kalau ada masalah, kami akan sentiasa menghubungi antara satu sama lain.”  

“Kami tak ada nak bercerita pada orang luar, itulah jalinan luar biasa untuk Bocey.” 

Itulah sedikit komen dan juga pesanan Achey kepada kumpulan Sepah.