Kenyataan penuh Mohd Farizza, abang Nur Farah Kartini

1,518 views

Ahli keluarga Nur Farah Kartini telah hadir ke jabatan forensik Hospital Sungai Buloh semalam untuk proses post mortem. 

Abang Farah iaitu Mohd Farizza antara individu yang dilihat hadir. 

Pemuda berumur 28 tahun ini dilihat datang bersama isterinya dan ahli keluarga yang lain. 

Farizza empat ditemubual oleh pihak media tentang lelaki yang ditahan yang menjadi suspek utama untuk kes adiknya itu. 

Katanya, dia tak kenal dengan lelaki berkenaan. 

“Pasal lelaki tu saya tak tahu apa-apa. Saya tak ada pergi ke lokasi kejadian.” 

“Saya memang tidak tahu berkenaan hubungan antara arwah adik saya dengan suspek yang ditahan itu.” 

Farizza berkata, adik bongsunya itu memang rapat dengan keluarga, terutama ibu, akan tetapi tentang hal peribadi dia jarang bercerita. 

Kali terakhir Nur Farah Kartini, pulang ke kampung halaman di Miri, Sarawak adalah pada hari raya. 

“Dia seorang yang ceria, dan tak pernah nampak macam dia ada apa-apa masalah. Dia ni kalau ada apa-apa masalah pun dia tak ada cerita kepada saya. Jadi saya memang tak tahu.”  

“Dia memang rapat dengan semua keluarga, rapat dengan mak dan abang-abang dia.” 

“Last balik Sarawak pada hari raya hari tu.” 

Tentang hubungan secara peribadi dengan dirinya, Farizza berkata Farah Kartini memang rapat dengannya apatah lagi dia satu satunya abang yang tinggal di Semenanjung. 

“Kali terakhir kami contact beberapa hari sebelum dia hilang. Dia hantar mesej di Whatsapp tanya khabar saya.” 

“Farah seorang yang ceria, macam happy go lucky orangnya.” 

“Dia seorang adik yang baik, selalu bantu abang-abang. Dia jenis yang tak berkira dan kalau ada yang perlukan bantuan, dia akan terus tolong termasuklah dari segi kewangan.” 

“Patutnya kami pulang ke Miri pada hujung bulan ini. Dia nak ikut saya balik kampung 25 Julai. Tiket pun dah beli.” 

“Adik ni seorang yang perahsia dan pendam.” 

Tentang ada kisah yang tersebar tentang hubungan adiknya dengan suspek, Farizza berkata lagi, harap orang rami tidak buat andaian semata.  

“Hormati perasaan family kami. Minta semua orang ramai di luar sana hormati kami yang sedang berduka di atas kehilangan adik saya ini.” 

“Jangan tambah kesedihan kami dengan perkara yang tak sahih.” 

“Sebagai abang, saya minta semua hentikan untuk buat andaian sendiri.”  

Baca juga KRONOLOGI kes FARAH KARTINI DI SINI.

Itulah sedikit kenyataan dari Mohd Farizza abang kepada Farah Kartini.