Suspek utama kes Nur Farah Kartini kini dalam siasatan pihak berkuasa.
Lelaki berumur 26 tahun itu merupakan seorang anggota Polis berpangkat lans korperal yang berkhidmat di Slim River, Perak.
Selain bekerja sebagai polis, suspek juga mempunyai perniagaan kereta sewa, yang mana Farah Kartini turut bekerja di situ.
Suspek sudah pun berkahwin dan mempunyai cahaya mata yang masih lagi kecil.
Ramai yang mengasihani mangsa dan juga isteri kepada suspek serta anaknya, apatah lagi anak baru berumur 8 bulan.
Seorang lagi wanita menjadi mangsa seorang lelaki durjana, sehingga sanggup mengambil nyawa orang.
Melalui laporan Harian Metro, ayah kepada suspek telah ditanya tentang keadaan isteri dan juga anak suspek.
KEADAAN ISTERI, ANAK SUSPEK
Ayah suspek, yang merupakan seorang petani berumur 64 tahun memberi sedikit update tentang keadaan menantu dan juga cucunya itu.
“Mereka dalam keadaan baik” Itulah update yang diberi tentang keadaan isteri dan anak suspek.
Katanya lagi, suspek juga ada pulang ke rumah di Melaka dan barangan milik isteri telah diperiksa untuk siasatan.
“Saya difahamkan, semalam pihak polis ada bawa anak saya (suspek) ke rumahnya di Bukit Katil, Melaka.”
“Selain itu, polis juga ada periksa dan mengambil telefon bimbit isterinya untuk siasatan berkaitan kes, termasuk hantaran mesej.”
Apapun, mungkin dari luaran nampak dalam keadaan baik, namun di hati seorang isteri, hanya dirinya saja yang tahu, patah lagi adanya baby kecil yang harus dibesarkan.
BERANI BUAT KENALAH TANGGUNG SENDIRI
Sebagai seorang bapa, sudah tentunya sentiasa ada rasa kasih kepada anak.
Namun, akur dengan tindakan anak, bapa suspek berkata, anaknya itu harus bertanggungjawab dengan apa yang dah dia lakukan.
Yang salah tetap salah dan anaknya perlu dihukum jika didapati bersalah.
“Siapa yang tak sayangkan pada anak, bagi saya, sebagai bapa, tiada yang pelik mengenai perangainya.”
“Saya tak didik dia buat perkara yang bukan-bukan.”
“Apa yang terjadi ini adalah atas dirinya sendiri, berani buat kena berani tanggung.”
“Saya kena tabah dan kuat untuk terus berkerja. Takdir penentu semuanya, apa saya boleh buat.”
Jelasnya, keluarga suspek dah melantik peguam untuk mewakili anaknya dalam siasatan dan perbicaraan kes itu kelak.
Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga tarikh 22 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan ekoran kes kehilangan dan juga penemuan jasad Farah Kartini di sebuah ladang sawit.