Kenyataan rasmi Datuk Jamal Abdillah tak mahu bertanding di AJL38

12,073 views

Penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah kini sah dah tarik diri dari bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu ke 38, AJL38 yang bakal berlangsung pada 3 Mac depan.  

Ternyata keputusan berkenaan mengejutkan ramai pihak termasuk para peminatnya dan juga peminat Wany Hasrita. 

Lagu nyanyian Jamal dan juga Wany berjudul Ku Cuma yang layak ke AJL. 

Melalui laporan Mstar, penyanyi berumur 65 tahun ini menarik diri kerana kurang tak berpuas hati dengan pihak penganjur. 

Ini disebabkan para peserta AJL akan bertanding secara percuma tetapi mereka masih lagi menjual tiket kepada penonton yang ingin menonton AJL38 secara live. 

Jamal juga berkata, penganjur juga lebih banyak dapat untung apatah lagi menerima tajaan yang amat banyak.  

Ini kenyataan rasmi dari Jamal Abdillah. 

“Saya terkejut bila dapat tahu bahawa ada penjualan tiket.” 

“Satu bulan yang lalu, saya pun buat keputusan tarik diri.” 

Jamal berkata, dia pun dah buat perbincangan dengan syarikat penerbit lagu. 

“Saya pun dah berbincang dengan syarikat penerbit lagu dan mereka pun seolah-olah tak mahu keluarkan bayaran. Oleh itu saya rasa malas untuk berbincang lanjut dan lebih baik tarik diri.” 

Katanya, dalam masa yang sama, dia turut menerima undangan untuk menyanyi di Sabah.  

“Ada terima tawaran buat persembahan di Sabah yang sudah diatur. Jadi untuk masa sekarang ni, saya lupakan terus tentang AJL38.” 

Jamal berharap, pihak penganjur dan produksi tak ambil mudah akan hal ini apatah lagi untuk penyanyi baru yang mahu cipta nama di pentas yang amat berprestij itu. 

Kalau dirinya tak tarik diri, hal ini akan berlarutan, dan dah tentu artis baru yang terkesan.  

“Artis baru tak berani nak bersuara, jadi biar saya yang buat.” 

“Ini bukannya isu duit semata-mata, saya ada pendapatan lain juga. Tetapi apa yang saya lakukan ini adalah untuk memperjuangkan nasib artis muda. Kalau saya tak buat perkara ini akan terus berlarutan.” 

“Sekurangnya keluarkanlah sedikit bayaran sebab produksi menjual tiket dan mereka terima tajaan berjuta.” 

Jamal tidak peduli sekiranya namanya akan disenarai hitam di AJL selepas ini. 

“Jikalau pihak produksi nak ban saya lepas ni pun tidak ada masalah. Bukan senang untuk penyanyi macam kami ini mahu cari rezeki.”  

“Saya bukan mahu kejar populariti, glamour. Saya nak buat sesuatu yang boleh dapat jaga kebajikan artis.” 

Itulah kenyataan dari Datuk Jamal Abdillah tentang penarikan dirinya dari pentas Anugerah Juara Lagu, AJL38.