Keputusan penuh, serta identiti kesemua peserta The Masked Singer Malaysia musim ke empat

17,935 views

Semalam, hari Ahad, telah berlangsung pentas final rancangan reality berjudul The Masked Singer Malaysia untuk musim ke empat. 

Berbeza dengan tahun-tahun yang lepas, pada musim kali ini, ianya dibuat secara live, bukan lagi rakaman. 

Di pentas akhir, seramai 5 peserta telah berjaya mara ke pentas akhir dan mereka tampil membuat persembahan masing-masing dengan penuh bertenaga. 

Mereka membuat persembahan di depan juri untuk musim kali ini iaitu Che Ta, Erra Fazira, Pak Nil, Zizan, Sherry, Nabila Huda, Michael Ang, Elly Mazlein dan Angah Raja Lawak. 

Setelah berakhir persembahan, akhirnya, maskot Bunga Matahari telah diumumkan sebagai juara untuk The Masked Singer musim ke empat ini. 

Selebriti di sebalik topeng atau maskot itu ialah tak lain tak bukan, Stacy. 

Ternyata Stacy begitu mendominasi rancangan untuk musim kali ini. 

Dari 10 minggu mereka berentap, Stacy telah menduduki tempat pertama dan menang dalam 8 minggu. 

Hanya dua minggu saja Stacy tidak menang iaitu pada minggu pertama, dan minggu kedua. Tahniah diucapkan kepada Stacy. 

Di pentas final, ini sudah terjawab kesemua selebriti di sebalik topeng atau maskot untuk musim ini. 

Tempat kedua atau naib juara, jatuh kepada maskot Mat Helang iaitu pelawak yang juga penyampai radio iaitu Nami. 

Ternyata memang ramai yang tak dapat meneka Namie merupakan penyanyi di sebalik Mat Helang, ramai yang meneka, Aepul Roza dan juga Naim Daniel. 

Ini keputusan penuh, ranking serta identiti para peserta. 

Juara: Stacy Anam (Juara Akademi Fantasia) 

Naib Juara: Namie (Pelawak bersama kumpulan Ubi) 

Ketiga: Danial Zaini (Pelawak, peniru suara) 

Ke empat: Adinda Tasya (Juara Ceria Popstar, All Together Now) 

Kelima: Nabila Razali (Penyanyi, peserta Akademi Fantasia) 

6. Hun Haqeem (Pelakon) 

7. Datuk Yusry KRU (Pelakon, penyanyi, pengarah, penerbit) 

8. Noki K-Clique 

9. Azan (Vokalis Ruffedge) 

10. Amelina 

11. Daiyan Trisha 

12. Rashidi Ishak 

13. Amira Othman berduet bersama adiknya Irfan Harris 

14. Dr Soo Wincci 

Tahniah kepada Stacy, dan semua para peserta The Masked Singer Malaysia musim ke empat, semoga maju jaya buat semua.