Kenyataan Sabri Yunus tentang isterinya, Angeline Tan

10,122 views

Sabri Yunus, 62 tahun selamat menikahi Angeline Tan, 56 tahun dalam satu majlis di Kangar Perlis pada hari Sabtu pagi. 

Pasangan pelakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu ini dinikahkan oleh Mufti Perlis iaitu Datuk Dr Maza. 

Pelakon dan pengarah ini berkata, semua urusan berlangsung dengan baik dan bersyukur kedua belah family merestui penyatuan di antara mereka. 

FAMILY RESTU HUBUNGAN 

Ini komen Sabri Yunus tentang hubungan yang telah pun disetujui kedua belah family. 

“Saya pernah rasai moment ini, tapi kali ini suasananya berbeza kerana dulu kahwin, kami dua-dua pun bujang.” 

“Kali ini, dua dua pun dah ada family masing-masing.” 

“Memang banyak benda baru yang kami belajar, apatah lagi untuk Angeline yang baru memeluk agama Islam pada 26 September lepas.” 

“Syukur anak-anak dan family semua restu hubungan kami.” 

KISAH CINTA SABRI, ANGELINE TAN 

Jela Sabri, hubungan antara dirinya dan Angeline mula menjadi rapat ketika adanya perintah kawalan pergerakkan. 

Hubungan lama terputus sebelum itu, namun semasa PKP, mereka kembali rapat.  

“Kenal memang dah lama, dari tahun 1992.”  

“Sejak itu kami rapat sebagai kawan, dia pun anggap saya bagai abang.” 

“Lepas itu, dah lama tak berhubungan, tapi kemudian ketika perintah kawalan pergerakkan, hubungan kami kembali rapat.”  

“Sejak itu, lama-lama hubungan kami semakin serius dan saya pun terus bertanya kepadanya.” 

“Saya ni, tak suka kawan semata, jika dah rapat, memang saya suarakan niat hati saya.” 

“Apapun, saya tetap beri ruang, sebab masa tu dia bukan beragama Islam.” 

“Saya beri dia masa, kerana, keputusan memeluk agama Islam ini tak boleh dipaksa.”  

“Pada 26 September Angelin pun mengucap dua kalimah syahadah, depan ibu dan juga adik beradik saya, dan kami buat pengesahan di Jabatan Agama Kelantan.” 

PI MAI PI MAI TANG TU 

Sabri berkata, dulu semasa berlakon bersama dalam rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu, memang mereka mesra bersama. 

Namun hubungan tak lebih dari sebagai sahabat.  

“Kalau tengok balik, memang ada babak kami bermesraan dalam sitkom.” 

“Namun, masa tu, kami memang tak ada sebarang hubungan, hanya jayakan watak saha.” 

“Saya pun tak terbayang, kami akan jalin hubungan seperti hari ini.” 

“Dulu kami pun jarang komunikasi, hanya sesekali macam ketika bagi ucapan hari lahir saja.”   

“Sepanjang kami berlakon bersama, kami tak pernah keluar berjalan bersama-sama. Jumpa pun sebab kerja.” 

NAMA ARDINI ANGELINE TAN  

Kata Sabri, dia sendiri memilih nama Ardini untuk Angeline Tan. 

Sabri memang mahu nama bermula dengan huruf abjad A, kerana Angline pun bermula dengan huruf abjad A.  

“Ardini saya pilih sendiri selepas pihak pejabat agama minta kami pilih satu nama untuk didaftarkan.”   

“Ianya bermaksud, isteri yang menyayangi.” 

ANGELINE TAN BELAJAR BERTUDUNG  

Berkenaan penampilan Angeline Tan yang bertudung, Sabri menyatakan isterinya itu masih lagi dalam proses belajar. 

“Setakat ini, Angeline Tan masih lagu belum berhijab atau bertudung sepenuhnya.”  

“Saya tak mahu memaksanya. Dalam perkara ini, biarlah dia lakukan dengan hati terbuka, atas kehendak hatinya nanti.” 

Itulah sedikit kenyataan dari Sabri Yunus tentang kisah perkahwinannya dengan Angeline Tan atau dikenali dengan nama Ardini.