Kenyataan Vida, failkan saman malu kepada Azwan Ali

3,043 views

Jutawaan kosmetik DS Vida baru-baru ini telah pun mengambil tindakan undang-undang kepada individu yang dikenali sebagai Azwan Ali kerana dia dikatakan telah menghina bentuk badan anaknya yang dikenali sebagai Cik B serta dua lagi anak Vida yang meninggal dunia dalam kebakaran.

Datuk Seri Vida menerusi sidang media yang dibuat semalam telah menyatakan tuntutan supaya pengacara kontroversi iaitu Azwan Ali atau lebih popular dengan gelaran Diva AA menuntut pemohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam. Vida meminta Azwan Ali supaya menarik semula video yang dimuat naik di laman sosial.

Jelas DS Vida lagi, isu penghinaan terhadap dua orang anaknya yang meninggal dunia dalam tragedi kebakaran merupakan sesuatu yang amat sensitif serta tidak kurangnya dengan penghinaan tubuh badan Cik B.

Komen dari Vida lagi:

 “Tragedi itu adalah satu kenangan plg pahit serta paling sedih bagi saya. Ia juga telah beri impak yg besar dalam kehidupan sy yg mana setelah tragedi tersebut berlaku diri saya jadi murung tertekan selama beberapa bulan.

“Memandangkan Azwan dah pun menyentuh isu yang amat sensitif berkaitan dgn fizikal Cik B dan tragedi hitam yg berlaku pada kedua-dua anak lelaki sya, saya tak akan lg duk berdiam diri.

“Oleh itu sya buat keputusan utk mengambil tindakan undang2 utk memfailkan saman malu kpd Azwan Ali. Tiada siapa berhak menghina fizikal org lain”

Tindakan yang dilakukan oleh Azwan Ali itu dikatakan berpunca daripada sikap tidak puas hati kerana Vida tidak membayarnya apabila dia muncul dalam satu acara yang dilakukan oleh jutawaan kosmetik itu.

Namun, menurut Vida pula bahawa Azwan Ali hanya dijemput untuk membuat kemunculan di acara tersebut dengan perjanjian bahawa tiada bayaran yang akan diterima dan dikatakan dia telah pun bersetuju dengan syarat tersebut.

Malahan, Vida juga akui ada memberi satu khemah kerana mahu bagi ruang utk Azwan Ali berniaga ketika berada di festa berkenaan.