Ali Puteh cerita apa yang berlaku di rumah, cuba kejut Abam

3,319 views

Adik kepada arwah Abam Bocey yang juga merupakan seorang pelawak iaitu Syed Ali Mubarak Bin Syed Mohd Ridzuan atau lebih dikenali dengan nama Ali Puteh lagi sekali diuji apabila abangnya telah kembali ke rahmatullah.

Ali Puteh baru sahaja 3 bulan kehilangan anaknya perempuannya iaitu Sharifah Ainul Mardhiah pada bulan November 2019 yang lepas.

Walaupun ia merupakan dugaan yang sangat berat baginya serta keluarganya, Ali Puteh berkataka bahawa dia sanggup menggalas tugas bagi menyara keluarganya itu.

Jika sebelum ini Abam Bocey boleh dikatakan yang paling banyak membantu dalam menyara keluarga mereka, dan perkara ini memang diakui oleh Ali.

Ali Puteh juga meluahkan rasa sedihnya ke atas pemergian abangnya itu dan dia yang memberitahu bahawa dia sendiri tidak mampu untuk menahan kesedihan apabila Abam kini dah pergi buat selamanya.

Dia juga sering terfikir nasib hidup yang akan terjadi buatnya serta dugaan kehilangan dua insan tersayang dalam masa terdekat.

Namun dia percaya dan menerima segala ketentuan daripada Allah. Malah Ali juga mendedahkan bahawa Abam merupakan tempat dia berkongsi serta menjadi tempat rujukan dalam apa semua perkara.

Ali yang ditemui di masjid di mana jenazah Abam dimandikan, dikafankan serta disembayangkan berkata, dia harus kuat untuk meneruskan hidup ini setelah ketiadaan Abam.

Untuk pengetahuan, Ali Puteh antara individu awal yang datang ke rumah Abam ketika dia tak sedar diri awal pagi tadi.

Ali telah bercerita detik apabila mengetahui bahawa abangnya itu dikatakan telah tidak sedarkan diri di rumahnya di Gombak. Rumah Ali dan rumah Abam memang dekat sahaja.

Dia yang mendapat berita itu daripada kakak iparnya (isteri Abam) dan telah bergegas ke rumah arwah Abam.

“Saya terus datang ke rumah Abam dan apabila sampai saya goyang perut Abam tapi dia tak sahut. Saya kemudian terus goncang kepala dia dan saya cakap kat abang bangun, angah datang dengan mak ni. Kemudian saya tanya lagi kau kenapa mcm ini, tetapi dia memang dah tidak menyahut. Dlm hati saya mcm agak Abam sudah tiada tapi sya kuatkan juga suruh dia bangun masa tu.

“Masa tu, saya pegang muka arwah dan kemudian rapatkan muka saya ke arah muka nya. Saya sudah agak dia memang dah pergi tinggalkan kita semua, sebagai seorang adik, saya memang tak sangka sebab arwah tiada sakit cuma dua hari sebelum ini, dia memang ada kena demam”

Ali menjelaskan, semasa dia menang, Abam individu paling gembira. Ini komen Ali: “Abam org first yang datang peluk saya dan cakap saya hebat dan handal sebab sebelum ini saya tak dapat nak kalahkan dia, tetapi tahun ini saya menang. Dia peluk saya memang agak lama dan dia bangga dengan kemenangan saya, memang saya langsung tak sangka itu adalah petanda dia nak pergi buat selama-lamanya”.

“Dia 32 tahun, saya 31 tahun kami beza setahun, hidup susah senang bersama. Dia satu-satunya abang saya, dia segala-galanya untuk saya. Lepas ni tiada lagi abang untuk hidup saya, tak ada orang yang boleh ganti dia”

Itulah ceritanya dari Ali (kumpulan Puteh). Apapun, mari kita sedekah Al-fatihah buat Abam Bocey atau nama penuhnya, Syed Umar Mukhtar.