Raysha Risroze telah memuatnaik satu kenyataan tentang satu kes mahkamah. Kes itu adalah satu kes saman kepadanya dan juga Nelydia Senrose.
Kisahnya adalah tentang seorang kenalan Raysha dan Nelydia yang dikatakan telah mencuri barang keluarga mereka.
Pada Januari 2020, Raysha dan juga Nelydia telah mendedahkan nama serta gambar lelaki berkenaan yang dikatakan telah mencuri barang keluarganya. Raysha dan Nelydia telah membuat laporan polis setelah lelaki itu mengaku.
Namun setelah gambarnya tersebar, pada bulan Februari tahun 2020, pihak lelaki berkenaan telah menyaman Raysha dan juga Nelydia.
Setelah perbicaraan, akhirnya pihak mahkamah berpihak kepada Raysha dan juga Nelydia dan telah mengetepikan saman yang dikemukakan oleh lelaki berkenaan.
Jom baca kenyataan dari Raysha Rizrose.
“Saya mahu bercerita tentang satu berita gembira. Pada tarikh 14 Februari 2020, saya dan kakak saya, Nelydia Senrose telah difailakn satu saman fitnah untuk satu entry Twitter dan Instagram yang dipost oleh kami berdua pada tarikh 11 Januari 2020. Post itu ada memberitahu bahawa pihak plaintif telah mencuri barang berharga milik family kami.”
“Melalui bantuan serta nasihat peguam, kami telah pertikaikan saman pihak plaintif berkenaan. Satu perbicaraan dijalankan. Kami membela diri dan menyatakan bahawa kandungan yang di post di laman Twitter dan Instagram itu merupakan pengakuan plaintif sendiri, mengambil barang berharga kami.”
“Setelah mendengar hujah termasuk keterangan saksi, akhirnya pihak Mahkamah Kuala Lumpur menolak saman plaintif yang difailkan ke atas saya dan Nelydia. Kami berjaya membuktikan ianya benar.”
“Mahkamah Kuala Lumpur memutuskan bahawa pihak plaintif gagal memberi bukti adanya unsur paksaan dalam pengakuan yang dibuat sendiri oleh plaintif kepada saya dan family.”
“Jutaan terima kasih diucapkan kepada peguam saya sebab berjuang habis-habisan untuk saya dan family saya.”
Itulah kenyataan dari Raysha Rizrose tentang kes saman ke atasnya. Melihat ruangan komen, ramai memberi ucapan tahniah kepada Raysha dan juga Nelydia Senrose.