Sharifah Sakinah kini berada di Sweden

2,817 views

Selebriti Sharifah Sakinah sebelum dilihat seperti sudah berada di luar negara. Namun ketika itu, Sakinah tidak mahu memberi sebarang respon.

Begitu juga dengan kakaknya iaitu Sharifah Shahirah yang mengatakan adiknya tu dah besar panjang dan pandai-pandai lah dia untuk jalani kehidupannya.

Kini menerusi satu laporan dari Media Hiburan, akhirnya Sharifah Sakinah akui dia memang dah pun berada di luar negara.

Katanya, Sharifah Sakinah kini berada di negara Sweden, iaitu tempat kelahiran tunangnya, Michael Hansen.

Berkelana di negara eropah itu, pelakon berumur 31 tahun ini sebenarnya sedang menjalani rawatan untuk penyakit mental yang dihidapinya.

Kini Sakinah akui kehidupannya semakin bertambah baik. Namun begitu, Sakinah masih lagi dalam fasa untuk sesuaikan diri dengan keadaan sekelilling serta cuaca negara tersebut.

Syukur alhamdulilah, saya sekarang kat sini semuanya baik-baik saja. Tiada apa yang beza sangat pun, malah saya sekarang dapat rasa diri lebih tenang. Semakin selesa.”

Di bulan ramadhan ni, rutin saya untuk berpuasa kat sini, sama macam di Malaysia juga, tiada yang berbeza sangat pun.”

Yang lainnya ialah makanan, memang sukar juga nak cari makanan macam kat Malaysia. Sekarang ni saya mula rindu nak makan rendang.”

Tentang perasaan rindu dengan kehidupan di Malaysia, Sharifah Sakinah mengatakan dia hanya rindukan anaknya sahaja.

Satu-satunya anaknya iaitu Anais Adha, 4 tahun, kini berada di bawah jagaan bekas suaminya iaitu Aliff Adha.

Nak cakap tentang soal rindu negara Malaysia tu, memang takde lah sangat, cumanya saya memang amat rindu dengan anak saya.”

Sharifah Sakinah sebelum ini mencetuskan tanda tanya sama ada dia berada di luar negara setelah muatnaik beberapa foto di laman IG. Kini dah sahlah bahawa dia berada di Sweden, namun ianya untuk jalani rawatan penyakitnya.

Untuk info, Sharifah Sakinah sebelum ini telah bertunang dengan jejaka Sweden iaitu Michael Hansen.