“Maria Farida bukan punca” Ayu, anak Nourul dan Ajai

31,973 views

Anak kepada Ajai dan juga Nourul iaitu Ayu, kini menjadi topik, ekoran ada selisih faham dengan ibu kandungnya. 

Ianya diketahui setelah sebelum ini, Nourul ada muatnaik beberapa hantaran luahan hatinya ekoran aap yang berlaku kepada dirinya dan juga Ayu.  

Semalam, Ayu mengakui memang benar mereka berdua ada selisih faham, namun hal ini telah pun selesai. 

Menerusi satu kenyataan, Ayu berkata, dia dah pun hubungi ibunya dan meminta maaf di atas apa yang berlaku. 

Dalam pada itu, Ayu juga menegaskan bahawa kisah perbalahan antara dirinya dan ibu tiada kaitan dengan ibu kepada kekasih hatinya iaitu Maria Farida. 

Untuk info, Ayu amat rapat dengan Maria Farida dan sedang menjalin hubungan dengan anak Maria Farida iaitu Mizan Ashley. 

“Salam semua, saya di sini nak perbetulkan beberapa perkara.” 

“Baru-baru ini ayah saya, Ajai telah di interview, dan ada media yang salah guna ayat sebagai tajuknya, dan saya rasa itu tak betul.” 

“Yes, memang benar saya ada perbalahan dengan ibu saya, Nourul. Saya dah pun memohon maaf darinya. Saya dan ibu saya dah berbaik.” 

“Hal yang saya mahu perbetulkan sekarang ini ialah tentang Datin Seri Maria Farida, yang mana dia bukanlah puncanya.” 

“Tak pernah Maria Farida menjadi punca apa yang terjadi di antara saay dan ibu.” 

“Saya harap semua akan hormat, dan dengan tajuk sebegitu, harap semua orang dapat henti berkata-kata yang tak betul tentangnya atau menuduhnya.” 

“Maria Farida amat baik kepada saya, oleh saya rayu agar semua hentikan semua ini.” 

“Saya tak mahu hidup saja jadi tumpuan, atau hiburan buat semua.” 

Ayu juga sempat berterima kasih kepada mereka yang sentiasa berada di sisinya dan ada yang berdoa buatnya. 

Apapun, yang penting, hubungan antara Ayu dan Nourul dah pun pulih, dan Maria Farida bukanlah puncanya.