Keputusan penuh minggu kedua GV10, Hady Mirza dengan markah tertinggi

44,209 views

Semalam, malam Ahad 1 Oktober, telah berlangsung minggu kedua Gegar Vaganza musim ke sepuluh atau lebih dikenali dengan nama All Stars Gegar Vaganza. 

Tema pada minggu kedua ialah ikut tekak sendiri, yang mana para peserta telah menyanyikan lagu yang mereka selesa. 

Dalam erti lain, lagu yang dipersembahkan semuanya pilihan peserta sendiri. 

16 peserta semuanya membuat persembahan yang terbaik mereka, namun, yang paling menyerlah pada minggu kedua ialah juara Gegar Vaganza musim ke enam iaitu Hady Mirza. 

Penyanyi berumur 43 tahun ini menyanyikan lagu how am I supposed to live without you. 

Tempat kedua pula diduduki oleh Jaclyn Victor yang menampilkan vokal yang amat padu. 

Azharina mendapat tempat ketiga dengan nyanyian penuh syahdu berjudul Ayah. 

Ketika ini, Nabil dan Hetty Koes Endang dilihat telah mengalirkan air mata mereka terkenang bapa mereka yang sudah pergi buat selamanya. 

Ini markah serta keputusan penuh ranking para peserta di minggu kedua. 

  1. Hady Mirza 79% 
  1. Jaclyn Victor 75.5% 
  1. Azharina 74.5% 
  1. Liza Hanim 73% 
  1. Datuk Aishah 69.5% 
  1. Noryn Aziz 69.25% 
  1. Nikki 68.5% 
  1. Naqiu 66.75% 
  1. Siti Nordiana 66.5% 
  1. Ayai 66.25% 
  1. Tomok 65.75% 
  1. Zamani 65.5% 
  1. Aliff Aziz 65.25% 
  1. Ezad 60.5% 
  1. Suki 56.25% 
  1. Cliff Umar 53.25% 

Dengan keputusan ini, dua peserta terbawah iaitu Suki dan juga Cliff Umar telah pun terhenti perjuangan mereka pada minggu kedua. 

Untuk minggu ketiga, para peserta diberikan lagu yang mencabar vokal mereka mereka. 

Semua lagu yang bakal dinyanyikan ialah lagu yang bukan makanan mereka. 

Sama-sama kita saksikan para peserta All Stars Gegar Vaganza membuat kelainan pada minggu ketiga, Ahad depan.