Hari Ahad, pertandingan All Stars Gegar Vaganza diteruskan untuk minggu kelima.
Kali ini dengan tema misteri, para peserta menyanyikan lagu yang diberikan dengan sebaik mungkin.
Nyanyian bertenaga dan syahdu dari Liza Hanim membuatkan penyanyi ini menduduki tempat teratas.
Liza Hanim yang mengalirkan air mata sebaik selepas menanyi, berjaya membawa lagu ini dengan penuh penghayatan.
Dengan markah 70 peratus, Liza berada di kedudukan teratas, buat pertama kali untuk dirinya sepanjang pertandingan ini.
Tempat kedua dan ketiga pula diduduki oleh Naqiu dan juga Jaclyn Victor.
Sementara itu terdapat beberapa isu teknikal yang berlaku kepada beberapa orang peserta.
Isu teknikal yang terjadi melibatkan isu ear monitor yang kegunaannya untuk para penyanyi mendengar muzik dengan lebih jelas.
Antara yang disebut oleh juri ialah dua peserta iaitu Ayai dan juga Azharina.
Jelas Datuk Ramli atau Tok Ram, kedua mereka ini terbabas tempo semasa membuat persembahan.
Ini menyebabkan Ayai dan Azharina terus mendapat markah tiga terendah bersama Zamani.
Akhirnya, diumumkan bahawa Ayai, yang merupakan juara Gegar Vaganza musim pertama, menerima markah terendah dengan hanya 53 peratus beza sedikit saja dengan Zamani.
Ayai telah menjadi peserta ke empat yang tersingkir.
Ini keputusan penuh, ranking dan markah untuk para peserta pada minggu kelima Gegar Vaganza All Stars.
Semasa dimumkan tersingkir, Ayai redha dengan keputusan tersebut, dan mengucapkan terima kasih kepada para peminat, para juri, pihak produksi dan tak lupa juga kepada ahli keluarganya terutama isteri tercinta.
Ayai juga sempat berpesan kepada rakan peserta yang lain untuk buat sehabis baik untuk minggu akan datang.
Untuk info, sehingga kini, sudah empat orang peserta tersingkir iaitu Cliff Umar, Suki, Dato Aishah dan juga Ayai.
Untuk minggu depan para peserta akan menyanyikan lagu pilihan orang ramai.