Bos Susu, Azmi Zainal luah kekecewaan terhadap Gegar Vaganza

73,214 views

Untuk musim ke sepuluh ini, sekali lagi Gegar Vaganza telah mendapat penajaan dari syarikat susu iaitu Farm Fresh. 

Menjadi muka depan untuk Farh Fresh ialah Encik Azmi Zainal iaitu Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut. 

Dikenali sebagai Boss Susu, ramai yang senangi Farm Fresh sebagai penaja yang dilihat tidak terlalu membayangi rancangan All Stars Gegar Vaganza. 

Namun semalam, Bos Susu telah menulis satu luahan hatinya, yang mana Azmi Zainal dilihat kurang senang dengan segmen yang diberikan kepadanya.

Azmi cuba membawa kelainan kerana sebelum ini selalu saja memberikan pantun.

Oleh yang demikian, Azmi cuba beberapa pendekatan yang baru, tidak lagi membaca pantun. 

Namun pada minggu ke empat, Azmi kecewa kerana segmennya telah dipotong. 

“Gegar Vaganza musim kali ni aku agak tertekan sikit.” 

“Tak kan nak baca pantun saja untuk segmen aku yang 1 minit tu, sebab nanti orang pun bosan. Dewan Bahasa pun bosan nanti.” 

“Bukan mudah dan senang nak menjual susu ni. Aku ada 1 minit je untuk capture attention seramai 6 juta penonton GV.” 

“Dah lah pada minggu lepas, klip aku dah kena potong. Angin satu badan aku masa tu.” 

“Selepas habis saja segmen aku tu, korang tak nampak aku ada kat seat lagikan, sebabnya masa tu aku terus pergi ke operation room minta penjelasan.”  

Cuba buat penjelasan untuk menarik perhatian penonton, Azmi Zainal atau bos susu meminta pihak Astro memberi sokongan kepadanya. 

Jelasnya dia bukannya mahukan populariti tetapi hanya lebih kepada perniagaan. 

“Pejam celik sekarang ni dah sampai minggu kelima.” 

“Bagi aku, klip 1 minit tu teramatlah berharga. Sebab tu aku cakap kepada orang Astro, minta mereka support. Jangan lah anggap klip aku tu picisan saja dan buat acuh tak acuh.” 

“Dah ambil kita sebagai sponsor kenalah pandai jaga sponsor.” 

“Aku taja hanya kerana business, untuk push kan jualan, bukan untuk cari glamour.” 

“Nak bayar jutaan pada Astro ni, kenalah perah susu lembu, bukan boleh petik tepi jalan.” 

Ini luahan penuh dari Boss Susu. 

Malam tadi, untuk segmen Farm Fresh selama satu minit, Bos Susu tampil membuat kelainan dengan menyanyikan lagu rap. Memang kini dah tiada lagi pantun dari Azmi Zainal.