“Kerja apa, makan duit isteri ke” Akhirnya Suhaimi Saad jawab dia kerja apa

33,849 views

Ramai yang kenal dengan Suhaimi Saad kerana bekas penyanyi kumpulan nasyid In Team ini seringkali terlibat dengan beberapa isu.

Mempunyai pandangan serta kehidupan peribadi yang agak berbeza, nama Suhaimi Saad memang banyak kali jadi tumpuan pihak media.

Kali ini ada pula yang bertanya kepada Suhaimi Saad, macam mana pula dia dapat wang ataupun sumber pendapatannya.

Suhaimi Saad tampil menjelaskan macam mana dia dapat wang dan dia bukannya tak bekerja ataupun bergantung kepada wang isteri saja.

Sebagai penyanyi, penulis lirik serta pencipta lagu, Suhaimi Saad berkata dia tetap menerima wang royalty.

“Wang royalti ini dibayar dua kali satu tahun dan ianya merupakan sebagai pendapatan tahunan. Takdelah sampai ratus ribu, tapi jika pandai berjimat, ianya pun dah cukup beberapa bulan.”

“Saya dah menyanyi sejak tahun 2000 sampailah sekarang. Kalau kira dah ada lebih 10 buah album termasuk album bersama In-Team, solo termasuk album kompilasi. Jadi setiap lagu yang diputarkan di radio, dia television, di flight di pasaraya semua tu, akan ada pihak yang akan kutip royalti dan akan bayar kepada penyanyi, penulis lirik pencipta lagu dan pemuzik.”

“Jika saya dah tiada di dunia ini nanti royalti tu pula akan diberikan kepada waris iaitu isteri, Ina Naim dan anak-anak.”

Itu merupakan pendapatan tahunan dan Suhaimi Saad mendedahkan dia juga ada mencari sumber pendapatan secara bulanan dan juga untuk mingguan.

Dia ada buat kelas mengaji secara online menerima gaji dari khidmatnya sebanyak RM100 setiap murid sebulan.

“Bulanan saya mengajar mengaji online di sebelah malam. Jadi untuk seorang murid lebih kurang seratus jadi lima orang dapatlah lima ratus.”

“Untuk pendapatan mingguan saya ada buat khimat urut pada hari Jumaat dan juga Sabtu, bolehlah dapat empat atau lima ratus bersih.”

Setiap hari juga, Suhaimi Saad ada buat perniagaan bersama isterinya Ina Naim dengan menjual banyak barangan.

Ini video penuh penerangan dari penyanyi ini.

Itulah penjelasan dari Suhaimi Saad tentang sumber pendapatannya untuk menyara keluarga.