Dah ada baby bump, Mona Allen umum hamil anak pertama.. Tahniah Mona, Pekin

7,106 views

Pasangan suami isteri selebriti iaitu pelakon Pekin dan juga Mona Allen telah memberi perkhabaran berita yang amat baik pada hari ini.

Berita yang dimaksudkan ialah pengesahan bahawa Mona Allen kini sedang berbadan dua atau sedang hamil.

Ini merupakan kehamilan pertama Mona Allen setelah hampir empat tahun melayari bahtera rumah tangga.

Berita baik ini disahkan menerusi gambar yang dimuatnaik oleh Mona Allen di laman Ig miliknya.

Gambar berkenaan menunjukkan jelas bahawa Mona Allen sudah mempunyai baby bump.

Ini tulis Mona Allen: “Bismillah, Alhamdulillah syukur. Doakan yang baik-baik untuk saya.” Itu tulisan darinya diikuti dengan emoji love.

Selain itu, rakannya iaitu Marina Juki turut muatnaik gambar baby bump Mona Allen di laman Ig story miliknya.

Ini ucapan dari Marina Juki kepada Mona Allen: “Terima kasih menjemput kami. Semoga urusan melahirkan anak akan berjalan dengan lancar. Tak sabar nak tunggu baby Mona dan Pekin keluar.

Di ruangan komen gambar milik Mona Allen, sudah ramai rakan artis yang menulis komen memberi ucapan tahniah di atas kehamilan anak pertama Mona Allen dan juga Pekin ini.

Antaranya ialah Uyaina Arshad, Siti Elizad, Zarina Zainuddin, Kaka Azraff, Dynas Moktar, Ramona Zamzam, Linda Rafa, Iman Suhana dan ramai lagi.

Alhamdullilah. Welcome to the club.” Tulis Uyaina merujuk kepada kelab ibu-ibu.

Rata-rata yang lain menulis ucapan tahniah dan mendoakan agar segala urusan kehamilan dan kelahiran baby sulung Mona Allen dan suaminya, Pekin ini akan dipermudahkan.

Untuk info, Mona Allen dan Pekin berkahwin pada tahun 2018. Sebelum ini, Pekin Ibrahim pernah memberitahu bahawa dia dan Mona Allen sudah bersedia menerima kehahiran cahaya mata dan ada membuat rawatan kesuburan pada tahun 2021.