“Kesian tengok Almy Nadia” Kali ini agak teruk

4,663 views

Pasangan suami isteri Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia kini bakal menimang cahaya mata ketiga setelah Almy disahkan sedang hamil 15 minggu.

Fizz mengatakan pada mulanya Almy dah buat dua kali ujian pregnancy untuk memastikan dia memang betul-betul hamil. Apabila dua-dua ujian itu positif, barulah pasangan ini buat pengesahan dah mengandung.

Bercerita tentang perkembangan isterinya, Fizz Gairuz akui, perjalanan kandungan keempat ini amat berliku buat Almy Nadia.

Pelabagai alahan telah dialaminya, dan bagi Fizz, kali ini memang agak teruk berbanding sebelumnya.

Fizz juga bercerita isterinya turut ada mengidam dengan selera yang agak berbeza, iaitu mahu makan steak.

Isteri saya, Almy sekarang nampak macam tak berapa nak okey, alahan dia kena amat teruk. Saya kesian kat dia, habis muka dia naik allergic, waktu malam pula susah nak tidur, kadangkala mengadu ada rasa sesak nafas dan selalu sangat alami sakit di bahagian tumit kaki.

Selain itu, kali ini, dia punya mengidam nak makan pun agak mencabar juga, Almy cakap dia nak makan steak saja.

Namun begitu, Fizz akan menjaga isterinya itu dengan penuh perhatian, apatah lagi, sebelum ini, Almy pernah kehilangan anak yang dikandung, beberpa kali.

Saya memang kena jaga dia betul-betul, penuh perhatian. Malah pihak doktor turut memantau dia setiap minggu. Sekiranya nampak macam ada apa-apa yang tak kena je, terus akan bawa ke hospital.

Yang terbaru ini, habis muka naik alergi. Terus saya bawak ke hospital, risau la juga, rupanya salah makan, sampai naik ruam.

Datuk Fizz Fairuz dan Almy Nadia sudah 7 tahun berkahwin dan mempunyai tiga orang anak perempuan. Dek kerana semua anaknya perempuan, Fizz Fairuz memang ada ras teringin menimang anak lelaki, tetapi tidak terlalu berharap, dan hanya berserah saja, kalau dapat anak perempuan pun tetap okey.