Nama anak ketiga Datin Lisa Surihani, “berani seperti singa”

4,800 views

Pasangan selebriti terkenal tanah air, iaitu Dato Yusry Abdul Halim dan isteri, Datin Lisa Surihani, telah selamat menerima kehadiran cahaya mata yang ketiga iaitu seorang baby boy pada minggu lalu.

Genap sahaja satu minggu usianya, Yusry dan Lisa telah buat satu pengumuman khas berkenaan nama dan turut mendedahkan sedikit wajah anaknya itu.

Pasangan ini telah sebulat suara memilih nama yang cukup unik, iaitu Yunos Laith. Nama ini sekaligus meneruskan tradisi nama anak mereka yang menggunakan pangkal huruf “Y” dan juga “L”.

Sebelum ini nama anak sulung ialah Yahaira Leanne dan anak kedua pula ialah Yusof Leonne.

Nama ini diumum menerusi satu entry di laman Instagram milik kedua mereka. Ini captionnya. Jom baca.

Salam, hai semua. Kami berdua (merujuk anak pertama dan anak kedua) nak kenalkan adik kami, dia dah masuk 7 tahun umurnya. Nama adik kami ialah Yunos Laith Bin Yusry.

Nama Yunos merupakan salah satu nabi kita manaakala pemilihan nama Laith pula membawa erti amat berani umpana sang singa.

Kami amat menyayangninya. Adik dilahirkan pada tarikh 15 Jun 2021, sama dengan hari lahir bapa kami, Yusry Abdul Halim. Syukur Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang mendoakan.

Baby ketiga, Yunos Laith

Dari satu entry lain, Lisa turut mendedahkan nama panggilan sudah disediakan buat anak bongsu itu. Nama panggilan manjanya buat masa sekarang ialah Lang (merujuk kepada anak ketiga). Untuk yang tak tahu, nama panggilan Yahaira ialah Yong manakala nama panggilan Yusof ialah Yeop.

Lisa Surihani dan Yusry turut telah membuat aqiqah dua ekor kambing dan disedekahkan kepada mereka yang memerlukan serta ahli keluarga.

Kambing untuk aqiqah

Mereka juga turut telahpun mencukur rambut baby Yunos Laith pada hari ini.

Yusry dan Lisa cukur rambut Yunos

Semoga kesemua anak-anak Datuk Yusry Abdul Halim dan Datin Lisa Surihani akan membesar menajdi anak yang soleh dan solehah, amin.