Senarai 30 lagu Semi Final Muzik Muzik 39 - News Tel

Senarai 30 lagu Semi Final Muzik Muzik 39

2,636 views

Yang dinanti sudah tiba, peringkat Semi Final Muzik Muzik 39, akan berlangsung tak lama lagi, dan senarai 30 lagu yang tersenarai untuk peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 39 telah pun diumumkan. 

Dari 30 lagu berkenaan, hanya 10 lagu terbaik yang akan layak ke peringkat akhir, menyertai Anugerah Juara Lagu 39 atau dikenali sebagai AJL 39. 

Ini merupakan senarai 30 lagu separuh akhir muzik muzik 39.  

LAGU BERKUMPULAN, DUET 

Sinar Pelangi (Projector Band). 

Pujaanku (Masdo dan Aisyah Aziz). 

Saksama (Akim and The Majistret). 

Ritma dan Rima (Akim Ahmad dan Stacy). 

Sah (Sarah Suhairi dan Alfie Zumi). 

Memori Mungkin Berulang (Tomok dan Siti Nordiana). 

Risiko (Benzoloo, Ghidd Isobahtos, Meerfly, Tuju dan MK K-Clique). 

OMK (Ezra Khairo dan Zubir Khan). 

LAGU SOLO 

Terus Bersinar (Hafiz Suip). 

Masihkah Ada Rasa Itu (Misha Omar). 

Yennode Macha (Zubir Khan). 

Puas Sudah (Aina Abdul). 

Menggenggam Bahagia (Sufian Suhaimi). 

Panas (Nikki Palikat). 

Dulu Kini Dan Akhirnya (Marsha Milan). 

Hening Rindu (Marsha Milan). 

Sengaja (Amir Masdi). 

Belakang Tabir (Syamel). 

Aura (Ernie Zakri). 

Lemas (Khai Bahar). 

Diam (Hael Husaini). 

Sangkar Derita (Haqiem Rusli). 

Gelora (Usop). 

Angau (Fahimi Rahmat). 

Tangis (Nabila Razali). 

ILU (Aepul Roza). 

Retak Hatiku (Eira Milpan). 

Bukan Lagi Kita (Nadeera Zaini). 

Oh Huminodun (Elica Paujin). 

Helah (Puteri Khareeza). 

Untuk musim kali ini, banyak nama besar dan juga bekas pemenang yang bertanding, antaranya Aina Abdul, Misha Omar, Hael, Akim, Hafiz Suib, Haqiem Rusli, Marsha Milan dan ramai lagi. 

Memang persaingan yang amat sengit untuk tahun ini.

Ada juga muka baru, yang baru pertama kali sertai semi final Muzik Muzik.

Rancangan Muzik-Muzik 39 Separuh Akhir kali ini, ianya akan dikendalikan oleh Izzue Islam bersama Fiza Frizzy. 

Semi Final Muzik-Muzik 39 Separuh Akhir akan berlangsung di Studio Glenmarie, Shah Alam dari jam 9 malam sehingga 1130 malam. 

Ada dua sesi iaitu pada 14 dan 15 November 2024. 

Sama-sama kita saksikan lagu manakah yang akan layak ke Anugerah Juara Lagu 39. 

Latest from Hiburan


Diana Danielle bakar surat cinta Farid Kamil

569 views

Diana Danielle bakar surat cinta Farid Kamil, itulah perkembangan terkini kisah yang sedang melanda pasangan suami isteri selebriti ini. 

Semalam, Farid Kamil ada muatnaik sekeping gambar menunjukkan surat cinta yang dinukilkan olehnya kepada isterinya Diana Danielle. 

Surat berkenaan ditulis pada 3 November 2012, iaitu tarikh pernikahan Farid dan juga Diana, 12 tahun yang lalu. 

Ini surat cinta sempena pernikahan yang ditulis oleh Farid Kamil. 

“Selalu bahagia di dunia sampai bersatu kembali di syurga, selamat hari istimewa kita.” Itu antara isi kandungan surat berkenaan. 

Namun begitu, Diana Danielle kemudian ada muatnaik satu kenyataan ekoran dari video suaminya itu. 

Diana dilihat sudah tidak lagi mahu dipujuk, dan mahu segera dilepaskan. 

Katanya, suaminya itu boleh dilabel sebagai zalim jika mahu memanjang permintaannya untuk dilepaskan. 

Tambahnya lagi, sudah satu tahun mereka kembali rujuk, dan cuba untuk kembali berbaik semula, namun pelbagai dugaan yang ditempuhi. 

Tegasnya dia sudah tidak mahu lagi meneruskan perkahwinannya dengan Farid Kamil. 

“Saya sudah tidak mahu lagi dipujuk, dan tidak mahu teruskan lagi perkahwinan ini.” 

“Sudah jelas niat saya iaitu tiada lagi yang lain, selain saya mahu tidak lagi berada di bawah tanggungjawab nya.” 

“Lepaskan saya.” 

Ini penulisan penuh dari Diana Danielle. 

Selain itu, Diana juga ada muatnaik video sekeping kertas yang sedang terbakar. 

Dikatakan, Diana Danielle bakar surat cinta Farid Kamil, surat yang ditulis 12 tahun lalu. 

Tulis Diana, “Surat yang penuh tipu daya, tiada di dalam hati saya.” 

Ini fotonya. 

Sehingga kini, sudah jelas Diana Danielle sudah ptah hati dan tidak mahu lagi bergelar isteri kepada Farid Kamil. 

Namun begitu, Farid dilihat masih lagi belum menyerah untuk memujuk isterinya itu. 

Kita tunggu saja perkembangn mereka berdua ini, semoga segala urusan Farid dan Diana akan dipermudahkan, dan yang paling penting ialah anak-anak. 

Go to Top