Punca Jay Jay meninggal dunia
Punca Jay Jay meninggal dunia

Punca Jay Jay meninggal dunia

2,465 views

Penyanyi Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus disahkan meninggal dunia di Hospital Thomson, Kota Damansara, Petaling Jaya, pada jam 9.27 malam di usia 67 tahun. 

Isteri kepada Jay Jay iaitu Zaitoon telah mengesahkan berita berkenaan. 

Menerusi rakannya iaitu Datuk Hattan, Zaitooan memberi khabar duka itu aapada malam tadi.  

Ini komen dari Dato Hattan. 

“Saya baru bercakap dengan isteri arwah Jay Jay dan dia maklumkan bahawa suaminya meninggal sekitar jam 9 lebih malam tadi.” 

PUNCA PEMERGIAN JAY JAY 

Jelas Dato Hattan lagi, berdasarkan dari maklumat yang diterima, punca Jay Jay meninggal dunia adalah disebabkan oleh kegagalan fungsi pelbagai organ dalamannya, kerana komplikasi. 

Sehingga kini tiada lgi kenyataan tentang punca Jay Jay meninggal dunia, yang dikeluarkan oleh keluarga Jay Jay.

PENYAKIT JAY JAY  

Mungkin ada yang tak tahu bahawa Jay Jay ada jatuh sakit pada tahun ini.  

Pada bulan Mei lepas, Jay Jay telah menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara, IJN selepas terkena masalah jantung ringan dan sesak nafas. 

Di waktu itu Jay Jay mahu menaiki bas dari Singapura ke ibu kota, Kuala Lumpur.  

Namun begitu, seleps operation, Jay Jay alami angin ahmar dan telah menjalani rawatan fisioterapi. 

Ini komen anaknya pada bulan 5 yang lalu. 

“Ayah jalani pembedahan pintasan jantung pada 23 Mei lalu dan kesihatan akibat diserang angin ahmar.” 

“Disebabkan itu, ayah alami lumpuh pada bahagian tubuh di sebelah kanan, dan sukar nk gerak.” 

“Tapi selepas buat beberapa sesi fisioterapi, tahap pemulihannya nampak semakin positif.” 

Dari satu temubual, Jay Jay memang kurang melakukan pemeriksaan sepanjang hidupnya sebelum ini. 

Semasa sakit, ramai rakan rtis yang melawatnya termasuklah DJ Dave, M Nasir dan ramai lagi.

KERJAYA SENI JAY JAY 

Jay Jay bermula bersama kumpuln Carefree dan merakam empat album, dan kumpulan ini begitu popular dengan lagu Rindu Bayangan dan juga Angan Tak Sudah. 

Selepas itu, Jay Jay tampil secara solo dan merakam tujuh album. 

Kemuncak kerjaya Jay Jay sebagai penyanyi adalah apabila menerima anugerah Penyanyi Lelaki Paling Popular pada tahun 1988. 

Jay Jay ketika menang ABP, penyanyi paling popular

Salam takziah buat keluarga Jay Jay dan sama-sama kita doakan arwah.