Pemilik cafe nampak wanita seperti Zalina Azman, menggigil ketakutan, amat cemas

14,057 views

Kisah kehilangan bekas personality TV3 Zalina Azman terus jadi tanda tanya. Hari ini, seorang individu tampil memberi kenyataan bahawa dia seakan terjumpa wanita berkenaan pada hari Ahad lepas.

Individu bernama Mosyuki Borhan membuat satu pendedahan yang mana dia mendakwa ternampak wanita seperti Zalina datang ke cafe miliknya iaitu Dos Cafe di Seksyen 9 Shah Alam, Selangor.

Dikatakan Zalina Azman datang kira-kira jam 1 petang dalam keadaan menggigil ketakutan.

“Dia datang kat kaunter dan mahu order makanan, dia toleh belakang, kanan dan kiri. Memang nampak mencurigakan. Saya tanya pada dia, okay atau tidak, tapi dia hanya dia saja.”

“Staff lain meminta wanita itu duduk dulu dan akan mengambil order. Dia memang tak banyak bercakap tapi apa yang keluar daripada mulutnya ialah saya takut dengan besi.”

“Dia bercakap di dalam keadaan ketakutan, bagai ada hal yang sedang terjadi.”

Mosyuki menyatakan, wanita itu berkata tentang besi kerana kedainya memang banyak menggunakan tema besi.

Sebelum masuk ke kedai Mosyuki berkata, wanita itu takut nak masuk ke café dan hanya berdiri di depan pintu, ini mungkin kerana timbul pintu pun dibuat dari besi.

“Semasa dia nak keluar kedai, dia terus langgar saja pintu tu kerana tak nak sentuh tombol pintu. Saya kesian juga padanya. Nampak macam dalam keadaan kelaparan. Namun dia terus saja pergi sebab dia lihat macam rasa insecure, terancam.”

“Kami pun ikut dia ke keluar kedai dan tengok arah mana dia pergi. Dia jalan tanpa arah macam mencari sesuatu dengan laju. Kami tak sempat untuk beri makanannya padanya.”

Pada hari Isnin, Mosyuki kemudian terbac atentang berita kehilangan Zalina Azman dan terus teringat wanita yang datang ke café milikny aitu lantas pergi buat report polis.

“Perwatakan, saiz tubuh badan dan warna kulit dia sama seperti hebahan dari pihak polis. Pihak polis pun kata pakaian dia sama macam ketika dia hilang. Pakai jaket apa semua.”

Kata Mosyuki ini kali pertama dia lihat ornag bergitu bimbang dengan besi.

“Pertama kali saya nampak orang takut sangat dengan besi. Saya risaulah kalau wanita ini pernah diculik sampai trauma dengan besi.”

Masyuki mendedahkan individu itu tiada wallet dan haya pegang duit begitu saja.

“Dia hanya pegang duit macam itu saja, tak ada dompet. Kasut pun dia pakai tidak betul dan tali kasut tak berikat.”

Mosyuki harap polis akan check cctv di kawasan kedai nya itu untuk lihat wanita berkenaan.

“Jika yang datang itu memang betul Zalina Azman, semoga dia dijumpai, memang nampak sangat ketakutan. Kalau bukan dia pun, harap wanita itu akan selamat.”

Itulah kenyataan dari Mosyuki tentang kes kehilangan Zalina Azman.