Komen ibu Haqiem Rusli beri hint.. gadis cantik ini bakal isterinya?

4,511 views

Penyanyi yang juga composer muda berbakat besar, Haqiem Rusli telah buat satu kenyataan yang agak mengejutkan baru-baru ini.

Pada umur 22 tahun, Haqiem telah buat pengumuman mahu menamatkan zaman bujang sekitar hujung tahun 2021 ini.

Ternyata pengumuman ini membuatkan ramai tertanya-tanya siapakah gerangan calon isterinya itu. Ramai juga nak tahu siapakah gerangan kekasih hati Haqiem Rusli.

Menerusi satu video, Haqiem Rusli telah buat live pada pukul 2 pagi menyatakan dia telah bersedia untuk bernikah. Namun pemenang Bintang Popular ini tidak menyatakan nama bakal isterinya.

Ianya telah menjadi teka taki serta tanda tanya, dan ramailah netizen dan peminatnya yang mula buat siasatan, cuba mencari wanita berkenaan.

Akhirnya, satu hint telah berjaya dijumpai. Ianya merupakan satu komen dari ibu kepada Haqiem Rusli semalam.

Satu entry telah diupload oleh seorang gadis bernama Sofea yang menulis tentang luahan cinta, ini tulisnya: “Cinta saya kepada kamu sentiasa mekar setiap hari.

Entry berkenaan telah menerima komen daripada ibu Haqiem iaitu Nazrah Nordin. Ibu haqiem memberi komen emoji tersenyum lebar kepada gadis berkenaan. Lihat komennya di bawah.

Lantas ramailah komen dari netizen yang mengatakan wanita itulah yang bakal menjad menantu kepada Puan Nazrah, bakal isteri kepada Haqiem.

Di ruangan komen, memang jelas ramai peminat Haqiem Rusli mula hadir dan menulis komen kepada gadis ini dan rata-rata memuji kecantikkan Sofea.

Ada juga yang mengatakan wajahnya persis Hanis Zalikha dan dapat dilihat ada mengatakan wajah gadis ini umpama orang Korea.

Sehingga kini belum ada lagi kenyataan rasmi tentang benarkah gadis bernama Soefa ini merupakan bakal isteri kepada Haqiem Rusli. Namun kalau dah ibu Haqiem Rusli pun komen, mungkin benarlah tu kan. Kita tunggu apa kata Haqiem Rusli kelak.