Kongsi Gambar Di Mahkamah Sharnaaz Dan Isteri Bakal Akhiri Hubungan?

3,827 views

Umum sudah pun mengenali kakak kepada Neelofa yang merupakan pelakon, pengacara, usahawan dan idola popular Malaysia iaitu Noor Nabila atau lebih dikenali dengan nama Nabila.

Nabila yang juga merupakan kakak Neelofa mula dikenali ramai apabila dia mula menjalinkan hubungan cintanya dengan pelakon lelaki iaitu Sharnaz.

Hubungan cinta yang dibina telah membawa kedua-dua pasangan ini ke jinjang pelamin. Selepas mereka di satukan pada 31 Mac 2017 dan ia merupakan perkahwinan kedua Nabila.

Nabila sebelum ini telah berumah tangga pada tanggal Julai 2013 namun telah berpisah pada tahun 2014. Hasil perkahwinan pertamanya dia tidak di kurniakan cahaya mata.

Terkini, apabila dia dilihat telah berkongsi gambar di mahkamah dengan tulisnya “with the words ya rab, I can battle” anything di laman sosial Insta storynya.

Di sebabkan status di IG Storynya itu, dia telah dihujani pelbagai reaksi dan komen dari para pengikutnya.

Ramai yang mahukan status perkahwinannya di antara Sharnaz telah berakhir atau sebaliknya.

Ada juga yang turut bersedih dengan berita itu seolah-olah ia merupakan bayangan bahawa hubungan mereka sebagai suami isteri akan berakhir.

Ini komen netizen: Kak pls jgn bercerai, ingat la ms korg nk bersatu kerana Allah jgn bercerai pls. Tlg la igt waktu korg tgh bahagia dulu, msa korg nk sgt di satu kan mjdi yg sah buang la sgla kepahitan dan ego pls tlg jgn bercerai pleaseee,” 

Di IG story Sharnaaz Ahmad, pelakon itu juga ada men gupload status ‘sabar’ dimana ia telah menimbulkan spekulasi bahawa ada sesuatu perkara yang akan terjadi.

Untuk pengetahuan, hasil perkahwinan pasangan ini pada 31 Mac 2017 lalu mereka telah mempunyai cahaya mata lelaki yang kini telah berusia lapan bulan yang diberi nama Jebat Jayden.

Sebagai rekod, pasangan ini juga dikhabarkan bahawa mereka saling laman sosial masing-masing namun begitu, hubungan mereka telah pulih apabila mereka telah memuat naik gambar sekeluarga di laman sosial masing-masing.