Kronologi Aliff Aziz ditahan khalwat di rumah pelakon wanita, Bella Astilla hadir ke pejabat Jawi

67,002 views

Awal pagi tadi, pihak Jawi telah menahan dua selebriti terkenal tanah air kerana berkhalwat. 

Penahanan berkenaan dibuat di kondominium mewah milik pelakon wanita berkenaan. 

Dari laporan Harian Metro, kedua dua pelakon berkenaan, kini sedang jalani penggambaran bersama sama. 

Pelakon lelaki tersebut dikatakan pernah dilihat datang ke rumah pelakon berkenaan sebelum ini. 

TIDAK MAHU BUKA PINTU

Selepas menerima aduan dari orang awam, pihak penguatkuasa Jawi hadir ke rumah berkenaan dengan dua buah van lebih kurang jam 10 malam lebih. 

Namun pelakon berkenaan tidak mahu membuka pintu.

Setelah lebih kurang tiga jam, akhirnya pelakon berkenaan akur setelah pihak Jawi mengatakan akan hubungi pihak bomba untuk membuka pintu. 

Kedua dua pelakon berkenaan  dibawa ke pejabat Jawi untuk proses selanjutnya. 

Akhirnya telah disahkan bahawa pelakon lelaki berkenaan ialah Aliff Aziz. 

KENYATAAN DIDI ASTILLAH, ADIK IPAR ALIFF AZIZ 

Adik kepada Bella Astillah iaitu Didi Astillah telah mengesahkan bahawa abang iparnya telah ditahan pihak Jawi awal pagi tadi. 

“Ya, mereka, Aliff Aziz dan pelakon wanita yang ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan atau Jawi.” 

Didi berkata sedemikian setelah hadir bersama kakaknya ke pejabat jawi selepas dimaklumkan tentang penahanan Aliff Aziz.  

Jelasnya, diharapkan semua pihak dapat beri ruang kepada kakaknya, kerana dia dalam keadaan terkejut.  

“Kalau boleh beri ruang kepada kakak saya, beri ruang agar dia bertenang dulu kerana apa yang terjadi ini amat mengejutkan kami semua.” 

“Kami tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Nanti apabila kakak saya sudah bersedia dia akan beri statement.” 

Jelas Didi, dia hadir hanya menemani kakaknya saja. Namun dia tahu dan kenal dengan pelakon wanita berkenaan. 

“Sebagai adik, saya tak nak masuk campur urusan keluarga kakak saya.”  

“Cuma kami sekeluarga kenal rapat dengan pelakon wanita berkenaan tapi tak tahu sejauh mana hubungan di antara mereka.” 

“Saya pun tak berani nak cakap berapa kerap dah mereka keluar bersama.” 

Sehingga kini Bella Astillah tidak mahu memberi sebarang kenyataan tentang penahanan Aliff Aziz ini. 

KELUARGA PELAKON WANITA 

Setelah penahanan kedua selebriti berkenaan, Harian Metro melaporkan bahawa ahli keluarga pelakon wanita tersebut turut dilihat hadir. 

Pelakon yang ditahan itu mempunyai seorang kakak, yang juga seorang pelakon terkenal. 

Wanita berkenaan dilihat hadir bersama adiknya. 

Keluarga pelakon wanita itu bagaimanapun tidak hadir ke pejabata Jawi.