CCTV Aliff Aziz, Ruhainies bertarikh 25 Februari, tangisan iringi Bella Astillah

17,217 views

Kisah penangkapan dua selebriti berduaan di sebuah rumah, kini menjadi tumpuan orang ramai. 

Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz disahkan sebagai selebriti lelaki yang ditahan pihak berkuasa awal pagi tadi. 

Namun sehingga kini belum ada laporan yang menyebut siapakah selebriti wanita yang dimaksudkan. 

Yang terbaru, menerusi laporan Harian Metro, ada sebuah video CCTV yang telah tersebar. 

CCTV itu merakam Aliff Aziz bersama pelakon wanita Ruhainies. 

Mereka berdua dilihat berjalan dari lobi menuju ke lif di kondominium berkenaan. 

TARIKH CCTV TERSEBUT 

Menerusi laporan, video CCTV itu merupakan video hujung bulan Februari yang lepas. 

Tarikhnya ialah pada 25 Februari 2024. 

Dari video, Ruhainies dilihat mengenakan baju hoodie warna putih dan membawa beg tangan. 

Aliff Aziz pila memakai baju dan seluar berwarna hitam dan memakai topi sambil memegang sebuag beg berwarna merah. 

KELIBAT RISTEENA, KAKAK RUHAINIES  

Dalam pada itu, dikatakan ahli keluarga kepada Ruhainies iaitu Risteena, dilihat hadir ke kediaman adiknya itu setelah mengetahui mereka ditahan pihak berkuasa. 

Risteena Munim, yang juga seorang pelakon, dilihat datang bersama dua adiknya yang lain. 

Risteena dan adiknya kemudian beredar selepas pihak penguat kuasa Jawi dan pengawal keselamatan kondominium meminta mereka beredar. 

TANGISAN BELLA ASTILLA 

Dalam pada itu, isteri Aliff Aziz, Bella Astillah juga hadir bersama adiknya Didi Astillah. 

Dapat dilihat Bella dalam keadaan terkejut ketika ini, 

Bella Astillah dilihat beberapa kali mengelap air mata apabila hanya tangisan yang mengiringinya. 

Didi Astillah kemudian memberi sedikit komen dan mengesahkan Aliff Aziz ditahan pihak Jawi. 

Buat masa sekarang, Bella Astillah tak mahu memberi komen dan Didi meminta semua pihak untuk memberi masa dan juga ruang agar kakaknya itu dapat tenangkan diri terlebih dulu.