“Kami tak kahwin selagi..” Kamal Adli akhirnya jelaskan

488 views

Semua pun dah tahu tentang hubungan antara dua pelakon Kamal Adli, 35 tahun, dan Uqasha Senrose, 29 tahun.

Baru-baru ini, Uqasha Senrose dan rakan-rakan ada buat satu majlis, umpama meraikan Uqasha yang bakal jadi pengantin tak lama lagi. Ini sekaligus membuatkan ramai berteka teki bahawa pasangan in akan bernikah dan disatukan tak lama lagi.

Namun begitu, menerusi satu laporan Berita Harian, Kamal Adli tampil memberi komen menafikan mereka akan bernikah dalam masa terdekat ini, seperti yang digembar gemburkan sejak akhir-akhir ini.

Jelas Kamal, buat masa sekarang dia dan tunangnya itu mempunyai jadual kerja yang padat, dan terikat dengan komitmen kerja.

Kamal Adli kini terikat dengan kerjanya sebagai pengacara untuk rancangan season baru Lagu Cinta Kita musim ketiga. Rancangan ini akan mula ditayangkan pada hujung bulan ini, pada 31 Oktober 2021.

Dari laporan BH Online itu, Kamal memberitahu, dia dan Uqasha masih terikat dengan kerja dan tak akan bernikah selagi program berkenaan selesai.

“Buat masa sekarang ni, saya dan Uqasha masih lagi membuat persiapan untuk perkahwinan tu. Oleh itu, kami tak akan berkahwin selagi program Lagu Cinta Kita musim ketiga masih berjalan atau lepas saja selesai.”

Kamal berkata sedemikian ketia satu press conference secara maya untuk rancnagan Lagu Cinta Kita ini.

Selepas habis PKP, saya dan Uqasha mempunyai jadual yang padat, dengan kerja dan penggambaran.” Jelas Kamal lagi.

Cubaan untuk terus mendapatkan jawapan bila tarikh pernikahan mereka tidak berjaya buat masa sekarang, masih belum ada waktu yang telah ditetapkan.

Desas desus bahawa pasangan ini akan bernikah dikatakan mula tersebar setelah ada signboard majlis mereka dimuatnaik di laman media sosial. Malah Kamal Adli juga dikatakan ada pergi test baju di sebuah butik.

Untuk info, Kamal Adli dan Uqasha Senrose bertunang pada 4 April yang lepas.