Kutipan Mat Kilau RM12juta pun belum balik modal, ramai terkejut pendedahan Mawi

19,406 views

Filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof terbitan Datuk Yusof Haslam dari Skop Production, dan Rahman Mat Dali  dari Studio Kembara, kini mencatat sejarah apabila berjaya mencatat kutipan sebanyak RM12juta dalam masa beberapa hari ditayangkan, belum pun sampai satu minggu.

Dengan bermodalkan sebanyak RM8juta, filem Mat Kilau ini menjadikannya sebagai filem sejarah pertama yang mencatat kutipan yang amat banyak.

Kerana kutipan dah RM12juta, ramai yang mengatakan Syamsul dan penerbit kini dah untung besar. Kiraan mudahnya ialah RM12juta tolak saja 8juta iaitu modalnya, maka dah untung RM4juta.

Akan tetapi penyanyi, penyampai radio dan juga penerbit, Mawi, telah tampil menceritakan hal yang ramai tak tahu.

Jelas Mawi, sebenarnya kutipan RM12juta itu masih lagi belum balik modal. Malah jika RM20juta sekalipun, ianya masih lagi belum sampai untuk cover kos pembikinan filem Mat Kilau itu.

 “Sambutan filem Mat Kilau memag bagus, tahniah diucapkan. Sampai sekarang 12juta kutipan, ramai kata dah balik modal, sebab modal 8juta je. Dah ada untung 4juta.”  

“Saya nak jelaskan perkara ini, ramai yang tak tahu. Sebagai penerbit yang ada pengalaman terbit filem, kalau collect 12juta, untuk penerbit, belum balik modal.”

“Sebab apa, yang pertamanya, kena bayar cukai hiburan sebanyak 25 peratus. Jadi kalau 12juta, bayaran cukai ni dalam 3juta.”

“Kutipan pula, untuk minggu pertama, perjanjian antara producer dan panggung wayang, ianya ialah 50 50, iaitu separuh.”

“Kalau 12juta, bayar cukai dah 3juta. Baki ada RM9juta. Jadi 9juta ni kena bahagi kepada dua, pihak panggung wayang dan juga penerbit. Jadi penerbit dapat RM4.5juta sahaja sekarang ni.”

Itulah penjelasan dari Mawi tentang hal ini. Malah kata Mawi lagi, jika kutipan RM20 juta pun, masih lagi belum dapat modal sepenuhnya. Hanya dapat RM7.5juta.

“Itu untuk minggu pertama, kalau minggu kedua, pihak panggung lagi banyak. Minggu kedua panggung wayang, akan ambil 55peratus, producer dapat 45peratus. Minggu ketiga, pihak wayang dapat 60peratus, dan minggu keempat da seterusnya, pihak panggung dapat 65peratus, producer hanya dapat 35peratus dari hasil kutipan.”

“Jadi saya nak beritahu, kita jangan ingat dah cukup, kena terus support filem kita.”

Itulah pendedahan dari Mawi tentang kutipan filem ini.

Hal ini sebenarnya turut disahkan oleh seorang lagi pelakon dan penerbit terkenal iaitu Afdlin Shauki.

“Penceritaan kisah yang bagus dan memang benar.” Tulis Afdlin Shauki di ruangan komen.

Mawi berkata lagi, dia harap semua akan terus beri sokongan kepada filem tempatan setelah pendedahan yang dia buat ini.