“Memang saya terkejut” Dr Che Hafiz setelah Lufya minta mutaah RM1 juta

2,914 views

Nampaknya kisah antara pelakon Lufya Omar dan bekas suami, Dr Che Hafiz masih lagi belum berakhir. 

Kali ini, Lufya telah mengambil tindakan membuat satu tuntutan mutaah dengan jumlah yang agak besar iaitu sebanyak RM1juta terhadap suaminya itu. 

Untuk yang kurang faham, mutaah ini sebenarnya merupakan sagu hati dari suami kepada bekas isteri. 

Berkata tentang tuntutan Lufya itu, Dr Che Hafiz ternyata terkesima dan terkejut setelah menerima tuntutan dan notis dari bekas isteri, walaupun dah berpisah tiga tahun 

“Sememangnya saya rasa amat terkejutlah. Tapi kita doakanlah yang baik-baik saja. Semoga semua dipermduahkan.” 

“Saya nak mohon maaf, kerana ini merupakan hal peribadi, saya tidak nak beri kenyataan sekarang ni, sebab saya nak hormati isteri saya.” 

Kedua dua Lufya dan Dr Che Hafiz dilihat telah datang ke mahkamah untuk proses penyerahan dokumen tuntutan mutaah itu. 

Peguam kepada Dr Che Hafiz pula berkata, Lufya membuat tuntutan berkenaan tahun lepas dan setelah jalani perbincangan, ianya tak berjaya capai kata sepakat. 

“Mutaah ini merupakan sagu hati dari bekas suami kepada bekas isteri selepas berpisah. Lufya ada buat tuntutan pada Oktober 2022 dan hari ini merupakan tarikh untuk pengurusan kes berkenaan selepas kedua-dua mereka tak berjaya capai kata sepakat menerusi proses sulh.” 

“Pihak mahkamah akan menentukan semuanya mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.” 

Dr Che Hafiz yang merupakan doktor perubatan, hadir ditemani isterinya iaitu pelakon Julia Farhana yang baru dinikahi pada hujung tahun lalu. 

Sementara Lufya juga hadir dengan ditemani oleh peguamnya dan tak mahu ditemui pihak media ketika di perkarangan mahkamah. 

Dr Che Hafiz dan Lufya bernikah pada tahun 2016 namun telah berpisah tiga tahun lalu dan mereka mempunyai seorang anak.