“Lagi baik jangan cakap apa-apa, diam itu lebih baik” – Nur Fazura

9,064 views

Memang dapat dilihat sejak akhir-akhir ini, laman media sosial penuhi dengan pelbagai berita kisah masyarakat yang terjadi.

Kisah ini kadangkala menjadi viral dan terus jadi bualan ramai. Dengan itu, dah tentu orang ramai mula memberi padangan serta pendapat masing-masing.

Melihat banyak yang gemar memberi pandangan tentang sesuatu isu yang sedang tular, pelakon popular, Fazura berkata, adalah lebih eloknya jika berdiam diri.

Isteri kepada Fattah Amin ini berpendapat dan menyarankan agar orang ramai tak bersungguh-sungguh untuk menulis atau mengeluarkan sebarang komen dan kenyataan.

Ini kerana orang lain atau orang luar, tak tahu apa yang terjadi dan kebenaran di sebalik sesuatu hal yang terjadi itu.

“Hari ini, semalam, saya asyik terfikir mengapalah kita ni selalu saja mahu membuang masa untuk memberi komen atau menulis benda yang kita pun tidak tahu. Dan benda tu pun tak ada kena mengena dengan kita.”

“Kadangkala saya ada baca macam-macam hal dalam laman media sosial. Kita seperti tahu tentang semua yang berlaku termasuk tentang kehidupan seseorang itu.”

“Secara jujur, orang luar, kita semua, tak tahu pun tentang kehidupan dan apa yang berlaku di dalam rumah mereka tu. Kita memang tidak tahu apa pun.”

Oleh itu, Fazura yang kini bergela ahli perniagaan menjual tudung berpendapat, dan menasihati supaya orang di luar sana tak terus menrus memberi pendapat tersendiri, apatlah lagi jika tak tahu hal sebenar.

“Bagi sayalah, rasanya adalah lebih untuk kita tak bercakap apa-apa pun. Sememangnya, diam itu lebih baik.”

“Sebabnya ialah kerana kita memang tak tahu apa-apa. Lagi bagus, jikalau kita hanya berdoa yang baik-baik sajalah.”

Itulah pendapat dari Nur Fazura tentang banyak isu yang melanda di tanah air ketika ini, dan memang ada betulnya juga pendapat Fazura ini.