Akui rumah tangga turut diganggu penyondol, ini pendedahan Amyza Aznan

2,337 views

Pelakon Amyza Aznan, 46 tahun, akui dia dan suami turut pernah diuji dengan kehadiran orang ketiga pada hujung tahun lalu.

Kini Amyza Aznan sedang bahagia, setelah hal berkenaan semuanya telah berakhir, malah perkahwinan dengan suaminya Khairil Idzhar, bertambah bahagia.

Jelasnya, perkahwinan selama 16 tahun, dilanda badai setelah ada wanita hadir dalam perkahwinan yang dibina.

Akan tetapi, suaminya telah pun kembali pada Amyza Aznan dan berjanji tidak mengulangi perbuatan berkenaan.

“Perkahwinan kami hanya goyang manja saja. Saya masih merupakan isteri pertama, kini dan selamanya. Sekarang ni rumah tangga saya dan suami masih dalam keadaan baik, tak ada lagi gangguan. Namun kalau adapun, saya dah tak kisah lagi.”

Tentang kisah kehadiran orang ketiga, Amyza Aznan telah berfikir panjang dan sedalam dalamnya, dan tidak menuding jari sesuka hati.

“Bagi saya, sebenarnya jika bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi juga. Namun apabila suami dah datang balik dan kembali pada kita, kemudian dia ada berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya, saya terima dia semula dengan hati yang reda.”

“Orang lelaki ni memang macam tu, ada sikap macam nakalnya tu. Dia buat, lepas tu datang balik.”

Walau hati telah dilukai, bagi Amyza ada hikmah segala yang berlaku ini.

Amyza juga tak meletakkan seratus peratus kesalahan kepada suaminya itu, malah akui dia pun bukannya seorang isteri yang baik sebelum ini.

“Pada mulanya saya akui meroyan, naik angin, siapa yang tak naik angin kan. Namun takdelah saya buat sampai luar batasan.”

“Jujurnya, mungkin kesilapan yang dilakukan suami sebenarnya mungkin berpunca dari saya yang gagal jadi isteri yang sempurna. Mungkin saya pun tak menjaganya dengan baik sebelum ini.”

“Selalunya saya ingat perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Saya ni taklah baik sangat. Oleh itu saya ingat hal itu, dan terima kesalah suami semasa itu.”

Pendapat Amyza Aznan tentang penyondol, dia berkata lebih baik fikirkan sedalam dalamnya dan cuba baiki. Baginya, kalau bertepuk sebelah tangan, tak akan berbunyi.

“Jika sayangkan perkahwinan cuba baik pulih, jangan hanya mahu cari salah tetapi betulkan, kalau rasa tidak boleh terima kena tepuk dada tanya selera. Bagi saya, bertepuk tangan sebelah saja, memang tak akan berbunyi.”

Itulah pendapat dari Amyza Aznan yang akui rumahnya juga pernah dilanda badai.