Fizo Omar dan isteri bakal timang anak, ini reaksi Cik Yam bila tahu akan dapat adik

5,076 views

Berita gembira telah diterima oleh pelakon Fizo Omar dan isterinya Fazeera Nazri yang mana wanita ini kini sah telahpun berbadan dua.

Hal ini diumumkan oleh pasangan ini melalui satu video yang mana Fazeera ada menunjukkan pregnancy test kit kepada Fizo Omar.

Keputusan ujian kehamilan itu menunjukkan Fazeera telah pun positif hamil anak pertamanya hasil perkahwinan dengan Fizo.

Usia kandungan Fazeera kini lebih kurang tiga sehingga empat bulan.

“Video berkenaan diambil semasa bulan pertama perkahwinan kami berdua, sudah tentu ini satu kejutan besar untuk suami setelah saya inform dia saya hamil. Apapun ini memang hadiah yang bermakna buat kami berdua. Doakan kami semua rusan dipermudahkan.”

Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar berkata dia pun memang terkejut dengan berita itu. Ini jawapannya setelah menerima berita gembira dari isterinya.

“Maknanya dah hamil, serius, saya cintakan awak. Biar betul sayang. Kiranya ni made in Janda Baik. Saya sangat gembira. Syukur, Cik Yam akan dapat adik”

“Semoga Allah akan sentiasa pelihara baby dalam kandungan, dan akan dilahirkan sebagai anak soleh dan solehah.”

Dalam pada itu, menerusi satu temubual, Fizo Omar ditanya tentang apa respon dari anak sulungnya iaitu Maryam yang lebih mesra disapa dengan nama Cik Yam.

Fizo memberitahu, Cik Yam amat gembira dan excited malah telah bagi nama kepada adiknya itu.

“Bila kita beritahu, Cik Yam ni dah ada baby, nak tau dia cakap apa, dia punya excited sampai dia dah bagi nama. Nama yang dia letak snowflake.”

“Dia memang confident ni adik perempuan, dia kata ni sister Maryam, nama dia Snowflake. Tapi lepas ni dapat baby lagi sekali baru dapat boy pula.”

Bila saya datang amik dia, dia tanya daddy baby dah keluar ke belum.” Itulah antara jawapan dari Fizo tentang reaksi dari anaknya Cik Yam yang kini berumur 5 tahun.

Fizo omar dan Fazeera bernikah pada bulan Oktober tahun lalu.