Lakonan terlalu mantap dari Ummi Nazeera, sampai suami sendiri pun beri komen

18,822 views

Drama sedang ditayangkan ketika ini ialah Risik Pada Hati yang menaikkan isu berkahwin lebih dari seorang isteri.

Ada satu adegan di salah satu episod Risik Pada Hati, pelakon Ummi Nazeera telah mempersembahkan satu lakonan yang menusuk kalbu dan benar-benar membuat ramai penonton meremang bulu roma.

Memang terkesan habis dengan lakonan serta penghayatan dari Ummi Nazeera ini.

Di episod ini, Adam lakonan Alif Satar telah pun melafazkan talak ke atas watak bernama Hayla yang dilakonkan oleh Ummi Nazeera.

Sebelum dilepaskan, ada adegan yang mana Ummi Nazeera meluahkan rasa hatinya, dan mahu dilepaskan oleh Alif Satar.

Di babak inilah, ramai yang benar-benar tersentuh dengan lakonan menusuk kalbu dari Ummi Nazeera.

Ramai yang memuji lakonan dari Ummi Nazeera dan berkata ianya wajar mendapat penhargaan atau pengiktirafan serta menang anugerah.

Malahan, hal ini turut diakui oleh suami Ummi Nazeera sendiri iaitu Dr Izzar, yang tampil memberi komen tentang lakonan isterinya itu, sangatlah hebat.

“Top notch acting dari Ummi Nazeera. Memang amat terbaik babak ni. Memang patut untuk menang award.”

“Saya memang asyik repeat dan ulang babak ni agar Hayfa akan memarahi Adam tu banyak-banyak kali.”

Selain itu Dr Izzar juga sempat bergurau dia pun pernah kena macam tu dengan isterinya.

“Padan muka kau ye Adam. Walau pun kau ni tidak paham dengan apa Hayfa rasa, tetapi sekurangnya kau merasa juga apa yang aku selalu asyik kena.” Gurauan dari Dr Izzar.

Para netizen terhibur dengan caption bergurau dari Dr izzar itu.

“Caption tak pernah tak kelakar suami Ummi Nazeera ni, ada sajalah.”

“Haha nampaknya doktor pun pernah juga la kena macam Adam tu ye dengan Ummi Nazeera.”

“Caption doktor ini memang win namun lakonan Ummi Nazeera memang best semalam, terbaik babak ini. Meremang tengok lakonan Ummi Nazeera.”

Drama Risik Pada Hati ini dibintangi oleh Alif Satar, Ummi Nazeera dan juga Zara Zya.

Untuk info, Ummi Nazeera dan Dr Izzar bernikah pada tahun 2017 dan mempunyai dua ornag anak.