Lama berdiam diri, akhirnya Mira tampil keluarkan kenyataan

87,152 views

Influencer yang juga pengcara sesi live untuk View Chin iaitu Amirah Aqilah Firdaus atau lebih dikenali dengan nama Mira telah tampil memberi sedikit kenyataan tentang kemelut yang melanda dirinya dengan View Chin dan juga Shermine Mau atau Ah Moi. 

Di hari raya ini, Mira membuat kenyataan dengan terlbih dulu meminta maaf kepada Ah Moi dan juga anak-anaknya. 

Hantaran berkenaan dimuatnaik melalui satu foto di Ig story miliknya baru-baru ini. 

“Saya Amirah Aqilah Firdaus mahu meminta maaf buat Shermine, Sylvia, Scarlett and Shyane ekoran isu yang terjadi. Saya rasa amat sesal dan mengakui segala sesalahan saya.”  

Namun begitu Mira telah memaklumkan bahawa perhubungan antara dirinya dengan bosnya iaitu View Chin hanya terjadi setelah pasangan berkenaan berpisah. 

“Tetapi saya mahu maklumkan bahawa hubungan antara saya dan juga View Chin hanya bermula setelah mereka berdua telah sah berpisah dan bercerai.” 

“Bukannya ketika mereka berdua masih bersama seperti yang telah diperkatakan orang ramai.” 

Mira juga menegaskan dirinya bukanlah punca hubungan View Chin dan juga Ah Moi renggang. 

“Diri saya tak ada kena mengena dengan penceraian antara mereka berdua.” 

Namun begitu, Mira menambah dia hanya redha dan menerima saja segala tomahan yang dilemparkan terhadapnya dari orang ramai. 

“Apapun saya hanya menerima segala kecaman dengan hati saya yang terbuka, sekali lagi saya nak minta maaf, salam aidilfitri.” 

Ini paparan dari Mira. 

Itulah sedikit kenyataan dari Mira tentang penglibatannya dalam kisah rumah tangga bosnya iaitu influencer View Chin dan juga Ah Moi. 

Sebelum ini View Chin ada mendedahkan bahawa Mira sememangnya terkesan setelah kisah ini bertebaran di media sosial. 

Jelas View Chin, setelah Ah Moi membuka cerita, Mira tidak keluar malah tak pulang ke kampung untuk menyambut hari raya.