Malam terakhir Ramadhan, di awal Syawal, Ajak dan Shahrol Shiro kembali berbaik - News Tel

Malam terakhir Ramadhan, di awal Syawal, Ajak dan Shahrol Shiro kembali berbaik

3,072 views

Di malam terakhir Ramadhan dan di awal Syawal tahun ini, ada berita yang baik buat para peminat kumpulan pelawak terkenla Shiro. 

Ini apabila Shahrol Shiro dan juga Ajak Shiro dilihat telah kembali berbaik semula. 

Kedua mereka bertemu di satu event di Kluang, Johor, yang mana Shahrol dan Ajak dilihat menyambung semula perhubungan mereka yang sebelum ini retak. 

Melalui satu hantaran oleh Shahrol Shiro, dia ada muatnaik video ber selfie bersama Ajak dan diikuti dengan satu pantun. 

“Budak-budak bermain mercun gasing, si ibu pula sibuk masak bahulu. Jam satu masih lagi berpusing, Rileks  kejap kita kasi 0.5 dulu.” 

Dalam pada itu, Ajak juga muatnaik gambar bersama Shahrol melalui satu hantaran di malam Syawal. 

Kata Ajak, mereka berdua dah pun saling bermaafkan antara satu sama lain. 

Waktu dah memaafkan.” Tulis Ajak. Tak cukup itu, Ajak juga menulis serangkap pantun di captionnya. 

“Anak memerang bermandi manda, tersangkut di akar jatuh perigi. Kami ni semua kawan lama, terima kasih belanja kopi.” 

Melihat ahli kumpulan pelawak duo Shiro ini dah kembali bertemu dan berbaik, para peminat mereka dilihat amat teruja. 

Rata-rata bersyukur keakraban yang terjalin kini masih berpanjangan. 

Ini antara komen yang ditulis oleh para peminat Shiro. 

“Syukur alhamdulillah, seronok lihat mereka berdua ni dah kembali bergabung semula.” 

“Sahabatlah untuk selamanya, syukur.” 

“Kumpulan Shiro dah kembali semula.” 

“Buang yang keruh, ambil yang jernih, terbaik Shiro.” 

“Cayalah orang Kluang, teruskan bersahabat.” 

Kisah antara Shahrol dan juga Ajak mendapat liputan sebelum ini, sekitar bulan Ogos tahun 2022. Ini apabila mereka berdua saling berbalas kenyataan di laman media, mereka dilihat tidak bersependapat. 

Semoga persabahatan antara Shahrol Shiro dan juga Ajak Shiro akan berkekalan dan menjadi lebih kuat sebelum ini. 

Latest from Hiburan


“Kamu risau dengan kes nusyuz, ada bukti jalin hubungan dengan suami orang” Syamsul Yusof

8,997 views

Kemelut antara Puteri Sarah dan juga Syamsul Yusof masih berterusan ketika ini. 

Mulanya bagaikan bagai nampak nak berakhir, namun kini kisah mereka kembali diperkatakan setelah Syamsul Yusof melafazkan talak setelah kedua mereka tak cakap kata setuju dengan terma serta syarat untuk berpisah. 

Pagi terakhir di bulan Ramadhan ini, akhirnya Syamsul Yusof menulisa panjang lebar kepada Puteri Sarah. 

Syamsul Yusof mendedahkan bahawa surat nusyuz itu telah diberikan kepada Puteri Sarah lama dah, dan talut mahu beri kepada pihak peguam.  

Pengarah filem Mat Kilau ini turut mempertikaikan mengapa Puteri Sarah ketawa melihat surat berkenaan sedangkan bersungguh menyuruhnya menarik balik kes berkenaan. 

“Kalau kelakar mengapa beria-ia minta saya untuk tarik semula kes nusyuz semasa berjumpa hari tu.” 

“Kerana kamu risau tentang kes tu, saya tahu. Dalamnya ada bukti kamu mengadakan hubungan dengan suami orang sejak awal kita kahwin lagi. Habislah imej isteri teraniaya yang kamu tayang pada umum.” 

Ini luahan penuh dari Syamsul Yusof. 

Selain itu, Syamsul Yusof juga mendedahkan jumlah yang diminta Puteri Sarah setelah berpisah. 

Ketika bertemu pada 9 April lalu, Sarah meminta RM10ribu sebulan dan juga aset bernilai RM400ribu, dan Syamsul dah pun setuju. 

“Suami mu ini setuju walaupun kamu canang kepada media bahawa kamu tak harapkan harta suami.” 

Ini luahannya lagi. 

Tak cukup itu, Syamsul Yusof mendedahkan lagi bahawa ibu bapa Puteri Sarah sendiri tak bersetuju dengan tindakan Sarah kendalikan kes ini. 

“Sarah, ibu bapa kamu pun dah pening dan mereka pun tak setuju dengan cara kamu.” 

“Sebab itu mereka hanya berdiam diri saja malah menasihati saya untuk terus bersabar.” 

Kata Syamsul Yusof, dia menulis ini dan meminta Puteri Sarah untuk menerima ketentuan yang tertulis dan tidak meminta untuk orang ramai memihak kepadanya.  

Go to Top