Lan Pet Pet akui, rumah di Subang Jaya terpaksa dilelong

44,264 views

Nama Lan Pet Pet atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad, bukan lah asing lagi dalam industri seni tanah air. 

Terkenal bersama kumpulan Senario, Lan amat sinonim dengan jenakanya, terutama membuat bunyi-bunyinya melalui mulutnya. 

Siapa sangka, seorang yang terkenal seperti Lan Pet Pet melalui detik yang amat rendah dalam hidup apabila mengakui rumahnya telah dilelong. 

Melalui laporan Mstar, Lan mengakui, rumahnya yang terletak di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor telah dilelong pada tahun 2020. 

Ketika itu, Lan gagal melunaskan bayaran bulanan kepada bank. 

Ini satu moment yang amat tidak dapat dilupakan oleh Lan. 

“Sehingga ke hari ini, memang saya tak boleh lupa. Saya terduduk apabila rumah tu kena lelong.”  

“Tidak mudah nak melepaskan rumah itu namun apabila dah berlaku, ianya membuatkan semangat saya naik kembali demi meneruskan kehidupan.” 

 Jelas Lan lagi, ketika itu, dirinya malu untuk meminta bantuan dari orang lain. 

“Nak minta bantuan pada orang lain saya memang malu, oleh itu saya memohon kepada Allah agar kesihatan saya baik, dan dipermudahkan mencari rezeki.” 

“Setiap hari saya berdoa.”  

Jelas Lan lagi, dia hilang punca pendapatan ketika berlakunya PKP atau perintah kawalan pergerakkan yang bermula pada tahun 2019.  

Sejak rumah dilelong, Lan terus berkerja keras dan semuanya untuk keluarganya.  

“Memang penat saya bekerja tanpa henti, akan tetapi, isteri dan anak-anak yang jadi penguat untuk saya terus usaha keras untuk tampung perbelanjaan harian keluarga.” 

Sejak tahun 2020, pelbagai perniagaan diusahakan oleh Lan seperti produk sambal belacan, barang kesihatan, bekerja di firma guaman, membuat food review dan yang paling baru ialah perniagaan burger.  

Lan Pet Pet merupakan adik ipar kepada pelakon Rozita Che Wan dan abang ipar kepada Ayu Raudhah, apabila dia berkahwin dengan Ruby Che Wan pada tahun 2008.