Shuk menangis dimarahi Anuar Zain

1,981 views

Shuk Sahar merupakan antara pelawak yang hadri menerusi rancangan realiti yang pernah popular satu msa dulu iaitu Raja Lawak. 

Berganding bersama Fendi menubuhkan kumpulan Balas, Shuk menduduki tempat ketiga di Raja Lawak musim kelima pada tahun 2011. 

Sejak itu nama Shuk mula dikenali ramai dan meneruskan kerjayanya sebagai pelakon, pengacara dan juga pelawak. 

Sepanjang menceburi bidang seni, nama Shuk memang tak lekang dengan pelbagai isu. 

Antara isunya yang paling diketahui ialah, lawaknya yang dikatakan tak sesuai untuk umum, lawak double meaning, dan juga isu bermain kayu tiga, sehingga perpisahan dengan bekas isterinya. 

Tapi baru-baru ini, Shuk sendiri mengakui, dirinya pernah menangis dek kerana satu isu yang ramai tak tahu. 

Shuk sebelum ini pernah dimarahi oleh penyanyi terkenal tanah air iaitu Anuar Zain. 

Pendedahan ini diceritakan oleg Shuk dalam satu podcast di Okletsgo. 

Kisahnya berlaku di satu konsert, yang mana Shuk merupakan pengacara nya, manakala Anuar Zain pula merupakan penyanyi yang membuat persembahan.  

Namun, ada satu jenaka dari Shuk yang membuatkan Anuar kurang senang, lantas memarahinya.   

“Saya ada Ketika itu, saya kendalikan satu konsert dan kejadian berlaku ketika sedang rehearsal.”  

“Saya ada cakap sesuatu (jenaka). Jujur saya ni tak ada niat pun nak mengata atau membuatkan Anuar Zain terguris hati.” 

“Nak dijadikan cerita, selepas saya cakap tu, Anuar Zain masa tu ada di atas pentas, dia terus turun bawah dari pentas sebab terguris dengan gurauan saya.” 

Shuk risau apabila melihat Anuar Zain kelihatan berang lantas pergi berjumpa dengannya untuk meminta maaf. 

“Selepas itu, saya terus pergi jumpa PA Anuar Zain, dan saya tanya dia, boleh tak saya nak jumpa dengan abang Anuar?.”  

“Masa tu memang konsert dah nak berjalan dah, tak kan saya nak bawa mood yang tak baik ke pentas”.  

Selepas berjumpa PA, Shuk terus berjumpa Anuar Zain yang berada di bilik khasnya. 

“Saya pun ketuk pintu dan masuk ke bilik Anuar Zain. Dia tengah buat rambut, terus dia tengok kat saya dan cakap, kau buat lawak apa tadi bro? Ingat kelakar ke benda itu?” 

“Saya terus cakap, saya tak ada niat nak cakap macam tu dan tak ada niat langsung nak perkecilkan hati abang. Kalau abang ada terasa, saya salah, dan saya mohon maaf sangat-sangat”. 

Jelas Shuk, Anuar Zain hanya mendiam seribu bahasa saja ketika itu dan meminta Shuk keluar biliknya.   

Shuk terus keluar bilik, dan mengalirkan air matanya. 

“Tetapi dia diam saja, lepas itu dia suruh saya keluar bilik tu. Saya tahan mata saya, keluar bilik dan apabila saya tutup pintu bilik itu, saya terus saja menangis”. 

Sehingga kini tak diketahui apakah lawak jenaka yang diperkatakan oleh Shuk itu sehingga mengguris perasaan Anuar Zain, Shuk tak bercerita tentangnya.

Itulah kisah yang ramai tak tahu tentang Shuk Sahar yang pernah dimarahi Anuar Zain satu masa dulu.