Lan Solo, Syura sedia naik turun mahkamah berdepan kes Siti Nordiana

1,248 views

Ketika ini sedang berlangusngnya kes mahkamah melibatkan tiga penyanyi iaitu Siti Nordiana, bekas vokalis Kristal, Lan Solo dan juga Syura. 

Ini ekoran kes saman yang dibuat oleh Siti Nordiana ke atas lima individu termasuklah Lan dan juga Syura. 

Menerusi kenyataan portal hiburan Mstar, Lan berkata dia akn beri kerjasama berdasarkan apa yang disarankan oleh peguamnya untuk kes berkenaan. 

Ini komen dari Lan Solo. 

 “Jika itu yang paling baik, saya hanya ikut saranan.”  

“Kita sentiasa akan beri kerjasama yang baik termasuk dari segi pengurusan masa.” 

Soalan diajukan sama ada kes ini memberi impak terhadap kerjayanya sebagai penyanyi, Lan tidak mahu mengulas lebih. 

“Kalau hal yang tu, nanti kena tanya pihak peguam sayalah.”  

Dalam pada itu, Syura berkata dirinya juga menuruti apa saja yang terbaik sungguhpun hal ini akan mengambil masa yang lama untuk selesai. 

Ini komen dari Syura. 

“Kita hanya ikut apa yang terbaik. Kita pun ada peguam. Jadi peguam ni lebih profesional untuk tahu apa yang lebih baik untuk kami.” 

“Saya hanya ikut flow, tak ada sebarang masalah.” 

Diimbas kembali, Siti Nordiana menyaman lima individu sebanyak setengah juta setiap seorang. 

Selain Lan Solo dan Syura, tiga lagi individu ialah isteri kepada Lan iaitu Sheila, seorang pegawai syarikat rakaman bernama Sam, dan juga seornag jurusolek bernama Razidah. 

Selain gantirugi, Siti Nordiana juga telah menuntut permohonan maaf dari pihak kelima lima individu berkenaan. 

Saman ini berlaku apabila lima individu berkenaan telah membuat satu sesi siaran langsung pada tahun 2021 selama lebih kurang satu jam lamanya, dan topik yang dibicarakan ialah tentang kisah Siti Nordiana termasuklah melabelnya sebagai seorang selebriti yang kurang baik sikapnya. 

Sebelum ini, peguam Siti Nordiana ada berkata, impak dari sesi siaran langsung itu, penyanyi berkenaan telah menerima pelbagai kesan yang kurang baik, termasuklah namanya yang tercalar. 

Antaranya ada kontrak iklan telah dibatalkan dan ada juga yang tidak menyambung kontrak Nana sebagai duta.