“Anak saya tapi makcik pula yang panas”

2,984 views

Pada bulan July yang lepas, pelakon Remy Ishak dan isterinya Ezza Yusof telah selamat menimang cahaya mata sulung mereka. 

Nama yang dipilih untuk anak lelaki mereka ini ialah Tuah Alam. Kata Remy, nama Tuah dipilih berdasarkan penggunaan Bahasa Melayu, dan jelas ianya bermaksud luck atau nasib baik. 

Alam pula dipilih hasil gabungan huruf alif lam min, yang juga ayat dari surah Al Baqarah. 

Kini dah nak masuk 4 bulan usia baby Tuah Alam, namun, Remy dan Ezza memilih untuk tidak menunjukkan wajah baby tersebut. 

Dek kerana itu, ada segelintir warga maya yang mengasak untuk mendedahkan saja wajah anaknya itu. 

“Tak sabar nak tengok wajah baby Tuah.” 

“Bila nak tunjuk muka Tuah Alam ni.” 

Namun ada juga komen yang agak kasar, seperti mengatakan, jika tutup wajah, lebih baik tak payah tunjuk terus. 

“Buat apa ditutup muka baby tu, kalau macam tu lebih baik tak yah tunjuk terus.” 

Terkesan dengan komen-komen sedemikian, isteri kepada Remy iaitu Ezza dilihat telah memberi reaksi. 

Ni anak saya, tapi makcik pula yang panas.” Tulis Ezza ringkas. 

Warga maya yang lain dilihat berbelah bagi, namun kebanyakkan bersetuju dengan tindakan Ezza dan Remy untuk tidak menunjukkan anak mereka apatah lagi kini telah diketahui ianya boleh terkena ain.   

Ada juga yang berkata, mungkin Remy dan Ezza sudah tandatangi kontrak hak eksklusif dengan pihak Astro, kerana mereka ada siaran khas untuk baby mereka itu.   

Baby Tuah Alam kini dilihat dalam keadaan sihat walafiat, malah yang terbaru, di usianya yang kecil ini, Tuah dah pun bersunat. 

Untuk info, Remy Ishak telah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Ezza Yusof pada bulan Ogos tahun 2021.