Lebih 270,000 tengok Fattah Amin solat

2,406 views

Nama pelakon Fattah Amin menjadi bualan ramai di laman Tik Tok sejak semalam. Ini selepas ada satu video nya yang menjadi tular.

Semua bermula selepas ada seorang peserta program realiti Sukses bernama Hafiz Nassir telah merakam pelakon popular Fattah Amin sedang sembahyang. Ianya telah dirakam tanpa pengetahuan suami kepada Fazura itu.

Vidoe berdurasi 15 saat itu terus mendapat banyak reaksi positif dari kalangan para netizen.

Dalam masa sehari sahaja, video yang di upload oleh Hafiz Nassir itu telah ditonton oleh 270 ribu kali dan menerima tanda like sebanyak 27 ribu.

Ini caption yang ditulis oleh Hafiz Nassir: “Memang tabik dengan Fattah Amin. Tidak pernah pun dia tinggal solat walau berada di set penggambaran. Dah lama saya perhati beliau.

Dek kerana video ini menjadi tular, pihak Harian Metro ada hubungi pelakon berkenaan untuk mendapatkan komennya.

Ternyata Fattah Amin tidak tahu menahu tentang ada video tersebut kerana dia sedang bersolat.

Tak ada apa yang saya nak cakap pun. Bagi saya, ianya tak perlulah nak dihebahkan lagi. Mungkin peserta berkenaan hanya record video itu untuk tujuan suka-suka saja. Saya harap apa yang ditonjolkan itu dapatlah memberi satu hal yang baik kepada semua orang.

Itulah jawapan ringkas Fattah Amin, memang bagus betul.

Melihat respon netizen, begitu banyak komen yang ditulis memuji tindakan suami Fazura itu yang tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim, walaupun begitu sibuk dengan kerjayanya.

Ada juga memuji cara ibu bapa kepada Fattah Amin yang dilabel sebagai seorang yang hebat mengajar anak untuk mendahulukan kewajipab kepada agama.

Beberapa netizen turut dilihat menulis komen mengatakan Fazura sebagai seorang yang amat bertuah memiliki suami seperti Fattah Amin kerana yakin Fattah akan dapat membimbing Fazura untuk berubah kepada kebaikkan.