Lisa Surihani, Neelofa mengalir air mata bersama di set penggambaran

3,176 views

Di antara dua selebriti yang kini dah pun membuat anjakan baru dan berhijrah ialah pelakon Datin Lisa Surihani serta Neelofa. 

Kedua mereka ini merupakan nama yang cukup gah dalam dunia seni dan kini dua-dua pun dah memakai tudung, melalui kehidupan yang berlandaskan seruan Illahi.  

Baru-baru ini, Lisa Surihani dan Neelofa telah sama-sama menjayakan satu program dan kedua mereka dilihat mengalirkan air mata. 

Lisa dan Neelofa dilihat agak sebak dan menangis bersama ketika di set program Next To Neeofa. 

Jelas Lisa, bercerita dan mendengar kisah bersama Neelofa itu telah menyentuh hatinya dan ianya satu pengalaman yang amat tak dijangkakan. 

Kisah serta perjalanan yang mereka berdua lalui membuatkan Lisa tersentuh hati dan mengalirkan air mata dan melihat Lisa sebegitu, Neelofa juga sama sebak. 

“Berbual dengan Neelofa membuatkan emosi saya bagaikan roller coaster. Saya tak pernah lagi mengeluarkan air mata banyak macam ni dalam sesebuah interview.” Itu kata-kata dari Lisa Surihani. 

Dalam pada itu, Neelofa juga menyatakan amat menyukai mendengar kisah dari Lisa Surihani. 

“Saya amat suka mendengar kisa serta cerita Lisa Surihani. Semoga lepas ini ornag ramai akan menjadikan inspirasi, dan akan dapat jetik hati orang di luar kelak.” 

Di ruangan komen, rata-rata gembira dan memberikan kata-kata yang positif kepada kedua dua pelakon berkenaan.  

“Semoga kamu dan kita semua akan selalu di berkati dan di rahmati oleh Nya, semoga di dalam perlindungan yang maha esa, amin.” 

“Ini merupakan airmata setelah berjuang dengan diri. Biarlah ianya mengalir dan melimpah lantas akan menjadi saksi.” 

“Semoga kita semua akan terus istiqomah dan segala amalan akan terpelihara.” 

 Selain itu, ramai dah tak sabar nak tengok perbualan penuh antara Datin Lisa Surihani dan Neelofa dalam rancangan berkenaan.