Datuk Rosyam Nor terpalit dengan satu isu hari ini apabila video dia bersama menteri wanita, Datuk Seri Rina Harun tidak disenangi orang ramai.
Kata-kata diungkapkan oleh Rosyam Nor, yang menggunakan perkataan yang agak kasar dianggap tak sesuai dan dilabel telah menjatuhkan martabat golongan wanita terutama mengatakan mereka seringkali lewat dan lambat.
“Bangun lambat, dan semuanya buat lambat. Wanita ni semuanya lambat. Eh kena bangkit, bangun daripada tidur. Datang ke PWTC, jangan lambat kalau tak saya belasah.” Itu antara ayatnya.
Kini pelakon dan usahawan ini tampil memberi kenyataan setelah ramai melahirkan rasa kurang senang dengan video berkenaan.
Jelas Rosyam Nor dia langsung tak berniat nak perkecilkan atau jatuhkan maratabat golongan wanita.
Rosyam meminta semua pihak dapat melihat dari sudut yang positif kerana dia hanya mahu memberi kesedaran saja.
“Program yang saya adakan itu adalah nak memberi semangat dan kesedaran kepada golongan wanita agar dapat bangkit dalam business.”
“Oleh itu, tak ada timbul isu saya berkata dengan kasar atau nak menjatuhkan golongan wanita ni.”
Selain itu, Rosyam juga menjelaskan penggunaan ayat belasah dan bangun lambat dalam ayatnya itu.
“Perkataan belasah yang saya sebut itu bermaksud cuci otak.”
“Kemudian perkataan bangun lambat itu merupakan satu metafora yang saya guna pakai untuk golongan usahawan dan bukannya merujuk kepada semua wanita yang bangun sebab tidur lambat.”
Selain itu, dalam video itu juga, Datuk Rosyam Nor dilihat ada bergurau senda dengan Datuk Seri Rina Harun.
Rina Harun berkata tak semua kejayaan wanita ada lelaki di sebaliknya, kemudian Rosyam Nor ada membalas semula mengatakan, kalau wanita merajuk, kaum lelaki yang akan memujuk mereka.