Ini merupakan update terkini tentang anak kepda pasangan pelakon Amar Baharin dan juga Amyra Rosli iaitu Ayra Aryssa.
Kanak-kanak perempuan berumur 2 tahun itu kini berada di wad di shopital setelah disahkan menghidap Kawasaki Disease.
Semalam satu symptom telah terjadi kepada Ayra Aryssa iaitu kadar oksigen telah menurun secara mendadak.
Hal ini menyebabkan Amyra Rosli telah dipanggil untuk datang ke hospital dengan segera. Amyra memberitahu, ketika itu dia amat cuak dan juga khuatir apabila dipanggil doktor.
“Berderau mommy apabila dapat call cakap oksigen adik drop. Tunggu mommy sampai sayang.” Tulis Amyra Rosli.
Beberapa jam selepas itu, sekali lagi Amyra Rosli update keadaan terkini anaknya itu.
Ayra Aryssa sedang menerima begitu banyak ubat-ubatan dan setiap akan melakukan ujian darah.
Apapun, tentang level oksigen, Ayra Aryssa telah pun berada dalam keadaan stabil dan masih lagi di dalam pantauan rapi oleh pihak doktor.
“Anak saya masih lagi dipantau tahap oksigennya. Syukur sangat oksigen Aryssa dah semakin stabil dan dia masih lagi menerima banyak ubat-ubat yang dimasukkan.”
“Banyak ubat masuk dalam badan dia selama empat hari ini. Memang Amyra sendiri dah tak sanggup tengok dia telan dan ada yang dimasukkan menerusi IV drip. Hari-hari dia buat ujian darah.”
“Tetapi bak buat macam mana, ini merupakan satu ujian yang saya kena lalui. Anak kecil yang tak tahu apa-apa, dan dia pun masih lagi tak fasih bercakap apa-apa, tapi dah kena jangkitan Kawasaki yang agak teruk ini.”
“Saya percaya, Allah akan berikan kesembuhan kepada anak saya dan terima kepada semua yang doa dan beri kata-kata semangat dan ada juga yang beri ihtiar.”
“Ayra Aryssa dah stabil tetapi belum lagi sihat sepenuhnya.”
Itu keadaan terkini anak Amyra Rosli dan Amar Baharin iaitu Ayra Aryssa, semoga cepat sembuh.