Menerusi satu laporan Berita Harian, selebriti Lufya Omar terkilan kerana suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum didakwanya dah hampir setahun tak ada tengok anak mereka iaitu Laana Haura.
Jelas Lufya, dia bukanlah nak keruhkan keadaan, tapi dia nak jelaskan tentang ada yang buat dakwaan kata bahawa dia yang tak beri keizinan untuk suami jenguk anak tunggal mereka itu. Ini penjelasan dari pihak Lufya.
“Saya kena beri penjelasan tentang isu jumpa anak. Sebab ada yang buat anggapan bahawa saya yg tak bagi suami jumpa anak. Dakwaan ni memang tak betul sama sekali. Sungguhpun dia tak nak cakap dengan saya untuk tanya hal anak, sebenarnya dia boleh saja contact ibu mentua atau adik iparnya, tetapi kenapa ambil pendekatan diam diri saja.
“Kalau ikutkan, saya dan suami berhubung kali terakhir adalah semasa nak jemputnya ke majlis hari lahir Laana Haura yang kedua pada bulan November tahun lepas. Namun, dia tidak nak hadirkan diri sebab sibuk kerja.
“Saya tak ada sebarang masalah untuk membenarkan suami bertemu anak di rumah. Kalau saya keluar kerja, anak saya itu diletakkan di bawah jagaan ibu saya. Oleh itu, tidak timbul sebarang isu pun kalau dia nak luang masa jumpa anak.”
Dalam perkembangan terkini, Lufya turut mendedahkan bahawa suaminya tak ada tanya khabar tentang anak mereka sejak adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sampailah dah bulan Ramadhan.
“Dia kena ingat tanggungjawab kepada anak, walaupun sibuk mana dengan kerja sebagai frontliner Kalau kami tak ada jodoh nanti, Laana haura tetap anak kandungnya.
“Tapi, saya kena syukur di sebalik dugaan perkahwinan ini, rezeki kepada saya dan anak ada saja melalui pelbagai cara.”
Untuk pengetahuan, kes permohonan cerai antara Lufya dan suaminya kini sedang tergantung dan menunggu perbicaraan. Pasangan ini bernikah pada tarikh 26 November 2016.