Cukuplah buat kenyataan tak benar, suami Lufya tepis dakwaan

2,809 views

Semalam, pelakon Lufya ada buat kenyataan bahawa suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum dah lama tak tengok anak sulung mereka iaitu Laana Haura, kini jejaka berkenaan telah tampil membuat kenyataan untuk membalas komen dari Lufya itu.

Dr Che Hafiz telah pertahankan dirinya dan menyatakan Lufya boleh saja contact dirinya untuk selesaikan masalah tanpa hebahkan hal berkenaan.

Jejaka ini turut mengatakan isterinya itu boleh menggunakan saluran yang betul agar tak timbul cakap serta prasangka buruk kepada dirinya.

“Saya agak terkejut apabila terbaca kenyataan dari Lufya. Patutnya Lufya boleh contact saya untuk selesaikan hal antara kami berdua. Tidak perlulah nak ungkit hal lama yang boleh timbul rasa buruk kepada saya ni.

“Lufya boleh guna saluran yg betul kalau nak selesaikan hal berkenaan tetapi kenapa dia perlu buat macam ni? Saya tak mahu cakap banyak tentang hal ini sebab ia rangkumi isu peribadi yang tak perlulah orang luar kena tahu dan masuk campur.

“Malahan ketika ini negara tengah hadapi masalah yang besar iaitu corona virus. Baik lagi kalau kita beri tumpuan nak lawan wabak berkenaan.”

Sementara itu, Dr Che Hafiz mengharapkan isterinya itu berhenti buat kenyataan yang tak benar dalam bulan mulian, bulan Ramadan ini.

“Cukuplah buat kenyataan tak benar, org mungkin dah baik muak dan letih dengan hal macam ini. Lagipun, ketika ni kita di bulan Ramadan, lebih baik kita baiki diri dan banyakan lagi amal ibadah kita.”

Itulah komen balas dari Dr Che Hafiz yang merupakan pegawai perubatan dan juga frontliner. Diimbas kembali, pasangan ini berkahwin pada hujung tahun 2016 dan mempunyai seorang anak perempuan diberi nama Laana Haura, 2 tahun. Kes perpisahan antara Lufya dan juga suaminya itu kini tergantung buat masa kini.