Dipanggil kereta terpakai oleh Ac Mizal, ini reaksi Elly Mazlein

4,223 views

Lawak jenaka secara live yang terlalu personal dari pengacara Datuk AC Mizal kepada selebriti Elly Mazlein nampaknya telah memakan dirinya sendiri. Ac Mizal yang cuba berjenaka apabila gelar Elly Mazlein sebagai kereta terpakai (used car) ketika satu segmen di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-32 malam tadi, telah buat penonton kurang senang.

Panggilan nama seperti itu kepada Elly Mazein dianggap agak berlebihan dan tak lawak oleh para netizen diluar sana apatah lagi rancangan itu ditayangkan secara live kepada rakyat Malaysia.

Netizen di laman sosial juga tak suka dengan gurauan AC Mizal seperti itu yang telah melabelkan perempuan dengan objek dan menjadikan ia bahan lawak.

Ada juga sesetengah mereka yang meminta AC Mizal untuk minta maaf kepada Elly Mazlein kerana cakap sedemikian kepadanya.

“Tak baik Ac Mizal panggil Elly nama ‘used car’. Secara live satu Malaysia tengok. Memang Kasihan Elly Mazlein.

“Perempuan bukanlah objek. Smpai bila kita nak tengok gangguan macam ni dalam persembahan secara live? Memalukan secara umum, body shaming. Ramai perempuan yang jadi mngsa, jadi benda macam ini adalah tak adil!

“Lepas buat lawak tu, dia siap high five dgn Zizan. Selebriti Malaysia patut henti serang isu peribadi untuk buat bahan untuk orang lain gelak”

Kejadian itu berlaku ketika AC Mizal dan Elly telah interview bintang paling popular, Mira Filzah dan juga pelawak tersohor, Zizan Razak yang duduk di barisan paling depan.

Tidak berdiam diri, apabila kes ini jadi viral dan jadi bualan ramai di laman web, Elly Mazlein telah beri respon balas. Elly telah upload semula video berkenaan di laman IG miliknya dengan caption supaya orang ramai tak ambil lawak dari Ac Mizal itu terlalu serius.

Ini komen Elly Mazlein: “Jangan sensitif sangat. Kita chill-chill sejuk sejuk ya”

Dek kerana itu, ramai yang menghirmati Elly kerana tidak melenting walaupun jadi bahan jenaka seperti sedemikian.

Dalam pada itu, para penonton turut beri komen positif dengan cara Elly Mazlein sebagai pengacara di ABPBH. Memang best dan spontan.