Seiring dengan kejayaan filem, kisah perkahwinan yang sedang bergolak juga rancang diperkatakan orang ramai, dan ini diakui sendiri oleh Syamsul Yusof.
Suami kepada Puteri Sarah ini turut akui, dirinya menanggung tekanan yang begitu berat dan teramat sangat ketika mengharungi dugaan yang datang melanda ini.
Kerana hal ni melibatkan family, tekanan itu sudah pasti ada, walau dari luaran Syamsul nampak tenang.
“GiIer ke kata saya tak tertekan? Apa yang saya lalui ini teramat berat. Memang saya tertekan. Ketika saya edit filem Mat Kilau pun, saya boleh megalirkan air mata, inikan pula hal perkahwinan saya.”
“Akan tetapi, saya selalu naikkan semangat saya. Dalam hati akan berkata tidak mengapa, tak apa, insyaAllah.”
“Saya selalu fikirkan kejayaan yang saya dapat dan amat menghargainya. Sentiasa ada rasa bersyukur dengan rezeki ini.”
“Ini kerana saya tahu, semua datang ada harganya. Oleh itu, dugaan kau datang pun besar lah.”
Syamsul akui wang bukanlah segalanya, ini komennya lagi menerusi Harian Metro.
“Sungguhpun saya dah dapat rasak filem Mat Kilau boleh berjaya, tapi masalah rumah tangga saya tidak selesai pun. Tak ada. Duit bukan segalanya.”
“Semua ini merupakan satu proses perjalanan hidup dan saya kena layan saja secara perlahan.”
Semangat yang ada pada diri, Syamsul mengatakan mungkin datang dari doa ibu bapanya.
“Kekuatan ini mungkin dari doa ibu, doa bapa saya dan mungkin juga dari pelbagai dugaan yang pernah saya lalui sebelum ini. Banyak lagi benda serta dugaan yang orang tak tahu, family.”
“Tetapi, apabila dah ditimpa dugaan yang berat ini, apakah kau akan hanya mengalah ataupun jadi lebih kuat, kena pilih.”
“Saya juga sebenarnya hampir-hampir tertewas. Entahlah nanti cakap lebih orang kata macam ustaz pula.”
Itulah pengakuan Syamsul Yusof sendiri, memang tertekan sebenarnya, sungguhpun nampak amat tenang secara luarannya.